CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sentap, Norkhiriah Tidak Mahu Dihina Buruk Lagi

19-8-2020 10:59 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 14411| Komen: 68|Original author: Oleh: Cari-Azza




"Saya tidak kisah digelar tua sebab saya memang sudah tua. Tapi apabila digelar buruk, saya memang terasa."

Itu luahan dari pelakon berkarektor Noorkhiriah, 44, yang berkecil hati apabila dirinya dihina buruk oleh sesetengah pihak sehingga lah sekarang.


Kredit foto:IG

Bagi Noorkhiriah, dia tidak kisah digelar tua namun cukup terasa hati sekiranya digelar buruk yang jelas termasuk dalam kategori sindir badan (body shaming), seperti yang dilaporkan Harian Metro.


"Saya memang terasa sebab dari dulu mula masuk industri hiburan, buruk itu sinonim dengan saya. Ada juga pengarah yang sebut buruk tepat pada muka saya. Saya tak tahu kenapa, mungkin betullah saya buruk sangat. Sampai terdengar-dengar mereka sebut buruk walaupun hanya gurauan. Barulah saya tahu itu sejenis 'body shaming'."


Kredit foto: IG

Dalam masa sama, pelakon drama Nur itu juga menyarankan syarikat produksi mengambil pelakon cantik daripada memanggilnya sekadar untuk mencukupkan orang serta menjadi bahan senda.

"Zaman sekarang saya faham semua cantik-cantik, tapi jika panggil saya hanya untuk memenuhkan 'frame' dan jadi bahan, lupakanlah. Saya sudah tua untuk hadap.


Foto : IG

Menurut Khiriah lagi, hatinya makin lama makin terasa dengan 'gurauan' tersebut. Ciptaan Allah sudah cukup sempurna, tetapi mengapa ada manusia yang suka menjahamkan perasaan orang lain?

Begitulah kehidupan, orang cantik selalunya dipuja-puja, tapi janganlah pula mengeji mereka yang kurang cantik. Jagalah hati insan lain ya. - CARI

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote YomiuriLandMae 19-8-2020 11:10 AM
pada iols cantik je dia ni.. kalo tak cantik tu mcm yg dah dicocok2 tp end up x menjadi..
Quote Redorqid 19-8-2020 11:16 AM
Ioll's pun tdk dianugerahi dgn kecantikkan fizikal , kekdg rasa sedih... tapi dari segi lain, sgt bersyukur dgn kurniaan Ilahi..
Quote adelea 19-8-2020 11:20 AM
dr zaman masuk industri sampai sekarang dok la inferior tak habis2

still tak berubah .. dok la dari 20 tahun sudah dok kata netizen kata dia buruk ..
first terima la diri tu seadanya
terima diri tu yg allah bagi
buruk tu subjektif

entah2 yg ckp sorang dua je
orang tu pon dia x kenal

pastu terus mental torture
macam the whole world ckp dia buruk
ntah ape ape laaa
Quote TomyamPuteh 19-8-2020 11:20 AM
Penah nmpk masa dia meniaga dkt bangunan mara jln tar sana. Comel je pon. Ke ini marketing strategy?
Quote mesmerize 19-8-2020 11:20 AM
mana ada buruk da.. cuma dia ni dalam kategori comel bukan jelita je
Quote copy_paste 19-8-2020 11:28 AM
kalau dari segi org kebayakan dia ni kira ade rupe la,
kalau dari segi para artis dan pelakun agak kurang la,
ok la tu ade je yg xlawa tapi bajek lawa
Quote umbut 19-8-2020 11:36 AM
Muka exotic
Quote KBW2 19-8-2020 11:54 AM
Sudah-sudahlah tuh, Khiriah.
Quote Mamason 19-8-2020 12:45 PM
Satu aje petua.... Don't ever2 downgrade yourself!!!

Bila hang sendiri downgrade diri sendiri, like sy xcantik, saya hodoh even dalam hati....  seolah2 mengiyakan kata2 orang ttg diri kita.  Apa yang kita ada syukur dan paling hebat buat kita.  Buat kita faham dak?? Bukan buat netizen, bukan buat pengarah or bukan buat jiran sebelah ... Xperlu nak memenuhi impian org.... nak sedapkan mata org... lantak pi depaaa....Janji sihat and bahagia dengan cara kita udah.. hehehehe
Quote boojaat 19-8-2020 12:50 PM
Bersara jer la.. xpayah mkn hati
Quote SherryZass 19-8-2020 12:52 PM
I feel u, tapi jangan biar kan kata2 orang tu jatuh kan diri kita, chuolls. Teringat pulak kata2 acik ditempat kerja dulu2, dia kata, tak pandai tak ape, asal cantik/cun melecun
Quote September14 19-8-2020 12:52 PM
Xde la buruk tp muka dia mcm fauziah nawi skg
Quote husna_amal 19-8-2020 12:54 PM
Yang penting jangan biarkan diri kita dibuli orang lain.
Quote girlfridayz 19-8-2020 12:58 PM
yang mengata tu muka lagi buruk sebab tu la tak masuk tv.
Quote wannoorazlina 19-8-2020 01:04 PM
masa beliau mula2 berlakon, yes muka beliau biasa2 aje..
tidok la buruk seperti yg digambarkan..
skrg ni makin segak
Quote farlis 19-8-2020 01:04 PM
Comel ja dia ni.. Yg penting ori tadak bikin apa2...
Quote ais_kosong 19-8-2020 01:05 PM
Ni harap pujian ke apa?
Ramai lagi buruk dok ada kot. Aman-aman ja hidupnya.
Quote haryatie 19-8-2020 01:22 PM
ok jer kejadian dia
xde ler buruk pun
Quote lasagna 19-8-2020 01:25 PM
haryatie replied at 19-8-2020 01:22 PM
ok jer kejadian dia
xde ler buruk pun

haa yess.. helok jer sheols ni. iols rse netizen yg bg tau tu mata kero agaknya.

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.070969 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top