CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Bengang Bakal Suami Nak Kongsi Duit Hantaran Buat Majlis Belah Lelaki

5-8-2020 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 25545| Komen: 280

Tular di media sosial apabila wanita meluahkan rasa kecewa terhadap bakal suami yang mahu menggunakan wang hantarannya untuk melangsungkan majlis di pihak lelaki.

Menurut mStar yang memetik luahannya di Facebook dan Twitter, wanita itu terkilan apabila bakal suami mahu berkongsi wang hantaran RM25,000 untuk melangsungkan majlis di kedua-dua belah pihak.



Gambar hiasan
Kredit foto: FMT

"Saya cakap, kalau nak wedding dua tempat, hubby kena tambah duitlah sebab RM25,000 tu wedding tempat saya je.

"Kan awal-awal dah minta RM25,000 jadi itu hak saya. Kenapa tiba-tiba nak kahwin di tempat dia, dia juga pakai duit tu?" soalnya.

Dedahnya, lelaki itu membuat pinjaman dan hanya layak mendapat RM25,000 kerana sudah membuat pinjaman kewangan lain seperti rumah dan kereta hingga gaji dipotong menjadi RM1,000 saja sebulan.


Berikutan itu, dia mahu menangguhkan majlis setahun lagi bagi memberi masa kepada bakal suami mencari wang tambahan RM10,000 jika mahu mengadakan majlis di pihak lelaki.

Namun, bakal suami berkeras melangsungkan perkahwinan tahun ini walaupun berdepan krisis kewangan, malah bakal ibu mentua juga menyarankan mereka berkongsi wang hantaran RM25,000 itu untuk melangsungkan majlis di dua lokasi.


Gambar hiasan
Kredit foto: Kisah Dunia

"Allahu saya rasa hati dirobek-robek. Hak saya diperkosa. Saya tak boleh terima macam ni.

"Perlukah saya batalkan semua ni? Saya sedih diperlakukan macam ni. Saya ada harga diri," luahnya. - CARI
1

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 5-8-2020 01:00 PM
wedding ke welding?
banyak betul pagar nak kena buat... kat bahagian lelaki kena welding pagar...
dekat perempuan pun kena welding pagar...

elok la rumah kampung tak berpagar je kalau tidak jenuh nak kena welding sana sini.
Quote RatuDunia94 5-8-2020 01:00 PM
Eeee bodohnya... melayu kalau kahwin x berabis duit mmg x sah..
Quote dudaberhias 5-8-2020 01:01 PM
Quote zamzam 5-8-2020 01:01 PM
Dah xder duit buat yg wajib dah ler.
Quote RatuDunia94 5-8-2020 01:02 PM
Sebenarnya wang hantaran tu bukan kegunaannya utk berabis buat majlis besaran pihak pompuan.. duit tu utk isteri simpan dlm bank.. guna utk masa tersedak lepas kahwin.. akal xde ke??
Quote mrsamz 5-8-2020 01:02 PM
Patutnya time2 covid ni la boleh jimat belanja kawen...jemput 250 tetamu je dah setel..bodoh gak pompuan ni
Quote lashes 5-8-2020 01:06 PM
Eja wedding pun jadi welding lagi nak hantaran 25k..hahahaa
Quote meow_tompok 5-8-2020 01:08 PM
RM1000 je yg tinggal... berapa la duit nafkah yg laki ni mampu bagi lepas kawin.
Quote Kurex 5-8-2020 01:08 PM
dudaberhias replied at 5-8-2020 01:01 PM

Bm tu apa pulak... Welding punya pompuan
Quote Dovahkiin 5-8-2020 01:09 PM
Sama2 bodo. Harap kalau jadi juga majlis, para tetamu bagi hadiah kondom supaya puak2 ni tak membiak.
Quote lipans 5-8-2020 01:09 PM
Susah juga nak welding ni ye.

Quote meow_tompok 5-8-2020 01:10 PM
RatuDunia94 replied at 5-8-2020 01:02 PM
Sebenarnya wang hantaran tu bukan kegunaannya utk berabis buat majlis besaran pihak pompuan.. duit t ...

setuju dgn chuols.. sayang betul duit ribu riban habis utk majlis sehari je .. patut duit hantaran beli keperluan rumah separuh, separuh lagik simpan buat investment.  belanja kenduri duit sendiri la weiii... buat loan pulak tu... mana la emoticon tepuk dahi tak jumpa
Quote cap_ayam 5-8-2020 01:11 PM
nikah kat pejabat agama je la.. pastu makan kat restoran. RM 200 kos makan
Quote Artemesiaa 5-8-2020 01:11 PM
Tak pernah dibuat orang dah bagi nak separuh balik.  Nampak macam byk tanggungan jadi elok tangguhkan, bagi tabung penuh dulu.  Gaji balance tinggal RM1 dah jadi miskin bandar tu.  Sian pulak salah eja wedding jadi welding apa yang nak diweldingakan tu gaknya.
Quote insulin 5-8-2020 01:11 PM
RM25k duit hantaran ko dikk sampaikan bakal laki kena buat loan untuk memenuhi tuntutan ko ye. Ruginya habiskan rm25k hanya untuk kenduri.
Quote kiambang 5-8-2020 01:12 PM
Cian kau dik . Sekarang ni kalau blh orang nak berjimat bagai .
Quote shonen 5-8-2020 01:13 PM
Harap bakal suami angkat kaki dulu.. X layak dibuat bini pompuan gini... Kalau cerdik boleh menghasilkan keturunan bijak pandai takpe jugak... Ni wedding pun jadi welding..
Quote Esmiria 5-8-2020 01:13 PM
Kdg2 aku terpk..yg nk hntran 25 k ni betul2 x kena tebuk ke? @sarah82
Quote sarah82 5-8-2020 01:14 PM
Mana la aku tau.. Hal dlm kain org

Lihat semua komen(280)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.099184 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top