Lelaki dirempuh kereta dipandu rakan sebelum dibelasah dengan kayu selepas membeli sarapan untuk ibunya di Taman Dahlia, Mak Mandin di Butterworth, 5.30 pagi tadi. Sinar Harian melaporkan, ketika kejadian mangsa, Lau Weng Heng, 43, dalam perjalanan pulang ke Jalan Bunga Tanjung Satu.
Lau yang menunggang Yamaha 135 LC tercampak ke jalan raya selepas dirempuh Proton Wira dipandu suspek. "Suspek menyeret mangsa sejauh 15 meter sebelum dia keluar dari kenderaannya dan membelasah lelaki itu menggunakan sebatang kayu. "Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kita mendapati selepas dirempuh, mangsa masih lagi bernyawa dan suspek kemudiannya bertindak memukul mangsa bertubi-tubi sehingga tidak sedarkan diri berhampiran sebuah kereta," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.
Suspek kemudian beredar dari lokasi kejadian dan pulang ke rumahnya tidak jauh dari situ sebelum sepasukan polis dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan daripada penduduk yang menyedari insiden. "Siasatan di tempat kejadian menemui kesan serpihan kayu dipercayai senjata digunakan suspek. "Dengan kerjasama dan maklumat diberikan penduduk berhampiran, suspek berusia 36 tahun ditangkap di rumahnya yang terletak selang satu lorong dengan lokasi kejadian kira-kira jam 8 pagi," katanya. Tambahnya, polis masih menyiasat motif kejadian memandangkan suspek enggan beri kerjasama. Malah, hasil semakan mendapati kedua-dua suspek dan mangsa memiliki rekod membabitkan jenayah dan dadah. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - CARI
|
ctaz replied at 29-7-2020 05:50 PM
emmm kalau bukan melayu dan islam...
thread kompom sendu....
ADVERTISEMENT