CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4474|Reply: 46

Tak Sempat Bagi Ibu Makan - Lelaki Dirempuh, Diseret Dan Dibelasah Rakan Sampai

[Copy link]
Post time 29-7-2020 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki dirempuh kereta dipandu rakan sebelum dibelasah dengan kayu selepas membeli sarapan untuk ibunya di Taman Dahlia, Mak Mandin di Butterworth, 5.30 pagi tadi.


Sinar Harian melaporkan, ketika kejadian mangsa, Lau Weng Heng, 43, dalam perjalanan pulang ke Jalan Bunga Tanjung Satu.


Lau yang menunggang Yamaha 135 LC tercampak ke jalan raya selepas dirempuh Proton Wira dipandu suspek.




Kredit foto: Sinar Harian



"Suspek menyeret mangsa sejauh 15 meter sebelum dia keluar dari kenderaannya dan membelasah lelaki itu menggunakan sebatang kayu.

"Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kita mendapati selepas dirempuh, mangsa masih lagi bernyawa dan suspek kemudiannya bertindak memukul mangsa bertubi-tubi sehingga tidak sedarkan diri berhampiran sebuah kereta," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.


Suspek kemudian beredar dari lokasi kejadian dan pulang ke rumahnya tidak jauh dari situ sebelum sepasukan polis dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan daripada penduduk yang menyedari insiden.

"Siasatan di tempat kejadian menemui kesan serpihan kayu dipercayai senjata digunakan suspek.

"Dengan kerjasama dan maklumat diberikan penduduk berhampiran, suspek berusia 36 tahun ditangkap di rumahnya yang terletak selang satu lorong dengan lokasi kejadian kira-kira jam 8 pagi," katanya.


Tambahnya, polis masih menyiasat motif kejadian memandangkan suspek enggan beri kerjasama. Malah, hasil semakan mendapati kedua-dua suspek dan mangsa memiliki rekod membabitkan jenayah dan dadah.


Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2020 05:05 PM | Show all posts
mana rakaman cctv tu?
kesiannya dia. mak dia pun kesian.
takziah
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 05:06 PM | Show all posts
sama-sama penjenayah.. elok la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.. Kesian kat mak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan la leluhur paling bertamadun dalam malaysia ni buat benda yg jahat... Cuba check betul2 nama tu, sepatutnya nama Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kat maknye.. Kalau kata laa tu anak tunggal macam mana laa hidup maknye nanti ye.. Huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2020 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Motif dendam kesumat ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 05:19 PM | Show all posts
dragon vs tiger ke?

kasi sengat ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2020 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Mendonia betul ye Penang now... asyik jenayah membawa padah je...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
dendam? laen mcm amarah nye
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli dadah tak bayor ke...

Btw, mendiang ni baik orgnya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 05:50 PM | Show all posts
emmm kalau bukan melayu dan islam...
thread kompom sendu....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 05:57 PM | Show all posts
Betul2 marah akhirnya sendiri juga yang susah
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
ctaz replied at 29-7-2020 05:50 PM
emmm kalau bukan melayu dan islam...
thread kompom sendu....

@I.am.PH xkn nak masuk kat sini ounya
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 06:03 PM | Show all posts
dua2 ade rekod kes jenayah dan dadah ... ade yg tak puas hati kot
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
macam nama client je  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2020 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila betul. Ni dah macam kes yg kat johor dulu. Perangai najis macam kartel dadah.

Kasihan ibu mangsa. Tunggulah anak bawa balik sarapan. Tetiba dapat berita anak kena bunuh dengan kejam. Pasti trauma ibunya. Tak dapat bayangkan kesedihan dia

Jauhi lah dadah kalau sayangkan keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa hal nye tu..huhuuu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Covid masih mc ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm case ahli kongsi gelap vs ahli yg lain jah. Mcm dah biasa sgt dah dgn keganasan tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.077370 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list