Kata bayi perempuan tapi kenapa pakaikan baju lelaki pula? Ramai yang keliru bila tengok gambar anak Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.
Ramai yang meninggalkan komen mempersoalkan pemilihan pakaian bayinya, Arwa Malaikha Urwa yang baru berusia sebulan itu.
"Kenapa pakaikan baju Melayu tapi pakai gelang tangan?" komen seorang netizen. "Boy ke girl ni?" dan macam-macam lagi soalan yang ditinggalkan. Selepas bertalu-talu soalan diterima, Nadzmi tampil menjelaskan perkara sebenar. Katanya baju tersebut dibeli sebelum mengetahui jantina anaknya. "Masa beli baju ini awak dalam perut lagi. Awal sangat masa tu, abie beli juga sebab baju dia comel-comel," tulisnya.
Sementara itu dia juga menyatakan tak menjadi masalah pun dengan pemilihan baju tersebut. Asalkan bayi selesa sudahlah. "Harap ramai yang berfikir terbuka dan lebih positif," tambahnya Ardell dan Nadzmi kahwin pada 1 September tahun lepas dan dikurniakan anak pada 5 Jun 2020. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|