Penyanyi Neeta Manisha terkilan apabila ada pihak membandingkan keupayaannya berbahasa Melayu dengan YouTuber masakan popular S Pavithra. "Saya cakap bahasa Inggeris ketika hadir dalam satu rancangan televisyen. Ada orang komen dan suruh saya cakap bahasa Melayu sebab saya duduk dekat Malaysia. "Saya bengang apabila ada orang bandingkan saya dengan Pavithra, saya rasa itu melampau. "Bagi saya, anda tak boleh bandingkan dua orang yang berbeza. Memang Pavithra lebih fasih daripada saya," katanya kepada mStar. Pemilik nama Neeta Manishaa Manogaran, 26, itu turut menyifatkan kecaman dilemparkan terhadapnya tidak masuk akal. Mana tidaknya, banyak juga lagu Melayu pernah dinyanyikannya. "Saya pun nak juga fasih bercakap bahasa Melayu macam dia, tapi dah tak syok la apabila orang bandingkan kami padahal selama ni saya dah menyanyi sepuluh lagu dalam bahasa Melayu. "Saya seronok masa jalani penggambaran rakaman program itu, tapi apabila orang fokus pada bahasa yang saya gunakan berbanding perisian program... saya jadi bitter. "Tapi saya pun tak salahkan Pavithra sebab saya minat sangat dengan dia. Saya doakan yang terbaik saja untuk dia," ujarnya. Bagaimanapun, Neeta akui semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa perlu tahu bahasa Melayu walaupun tidak fasih. - CARI
|
Meiizu replied at 28-7-2020 06:09 AM
aduhaiiiii malay malaysian jgnlah malu kan bangsa kita.
takde salahnya pun bertutur bahasa inggeris ...
Themilo replied at 28-7-2020 02:21 PM
Pemilik nama Neeta Manishaa Manogaran, 26, itu turut menyifatkan kecaman dilemparkan terhadapnya t ...
Themilo replied at 28-7-2020 02:21 PM
Pemilik nama Neeta Manishaa Manogaran, 26, itu turut menyifatkan kecaman dilemparkan terhadapnya t ...
bottombikini replied at 28-7-2020 02:37 PM
helok je aku rase BM dia
lagi helok dari pavi tu rasanya
English apetah lagi
cyber_mania replied at 28-7-2020 02:36 PM
Sebelum ni x kenal neeta ni tapi sekarang aku selalu tgk berita tv3 kenal la dia. Sbb bila lepas hab ...
ADVERTISEMENT