CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Dibelasah Pesakit Mental Kerana Kerap Kencing Merata

21-7-2020 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4936| Komen: 22

Seorang pesakit mental yang sering membuang air kencing merata-rata maut dibelasah seorang lagi pesakit mental di sebuah pusat jagaan swasta di Tambun.

Menurut Sinar Harian, suspek berusia 53 tahun dilaporkan memukul dan beberapa kali menumbuk mangsa, 57, kerana tidak tahan dengan sikapnya itu.



Kredit foto: Sinar Harian

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian berkata, mangsa ditemui pesakit lain dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di sebuah bilik kira-kira jam 8 pagi, semalam sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

"Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam di bahagian muka, mata, bawah mata dan leher mangsa kesan pukulan.

"Siasatan lanjut di tempat kejadian turut menemui kesan darah di dinding bilik.

"Suspek dikatakan sudah lama menyimpan perasaan marah hingga tidak mampu mengawalnya lagi pada hari kejadian.


"Mangsa sebenarnya sudah tidak mampu bergerak dan ada masalah penglihatan. Kita juga akan jalankan siasatan lanjut ke atas pusat jagaan ini dari segi rekod pesakit dan mengenal pasti ianya berdaftar atau tidak," katanya.

Asmadi bagaimanapun berkata, buat masa ini kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sementara menunggu laporan psikiatri suspek dan hasil bedah siasat mangsa. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 21-7-2020 05:15 AM
Yg membunuh tu mental juga ke......
Quote little_sis 21-7-2020 06:16 AM
noor2 replied at 21-7-2020 05:15 AM
Yg membunuh tu mental juga ke......

yg bunuh tu rakan sebilik mangsa yg tinggal kat pusat jagaan mental...
Quote noor2 21-7-2020 06:34 AM
little_sis replied at 21-7-2020 06:16 AM
yg bunuh tu rakan sebilik mangsa yg tinggal kat pusat jagaan mental...

Mental juga lah tu. ....
Quote nazzse 21-7-2020 07:34 AM
Mental lawan mental..hurmm
Bahayanya mental illness
Quote Modngengade 21-7-2020 07:49 AM
oklah tu..sesama spesis
Quote TravellingBear 21-7-2020 07:56 AM
baca tajuk igt kan haiwan peliharaan yg kena bunuh tu
Quote chinta89 21-7-2020 10:12 AM
Ya Allah.. sampai mati.

so penjaga kat situ kena jawab or surat tunjuk sb berlaku kecuaian terlepas pandang menjaga mereka2 yg mental kat situ atau mcmna?
Quote Kurex 21-7-2020 12:44 PM
Sebab tu jangan buat main2 dengan orang yg ada masalah mental ni. Ingat lagi kawan aku kena balik batu rel keretapi sebab kacau orang tu, padanla muka
Quote LautBiru52 21-7-2020 01:23 PM
Mental vs mental. Memang tutup kes la kan
Quote husna_amal 21-7-2020 02:32 PM
Nasib lah yang pelaku pun sakit mental jugak.
Quote Artemesiaa 21-7-2020 02:45 PM
Pusat jagaan pun satu dah tahu dia ada perangai macam tu gigih jugak nak letak rakan sebilik betul mengundang
Quote giyomi 21-7-2020 06:27 PM
dah org tu berpenyakit, jadi tak salahlah...ko duk diam2 dah lar, klu tak tahan mintak tukar bilik abis citer, ni nak bunuh2 dah kenapa sial
Quote namieamuro 21-7-2020 06:31 PM
org mental pun tak tahan dok dgn pengotor..kes tutup la kan sbb dedua mmg sah alami penyakit mental.

bkn tibe2 je mental/oku.
Quote MontanaHannah 21-7-2020 06:34 PM
Orang sakit mental boleh ke dikenakan tindakan undang-undang???????
Quote najib888 22-7-2020 01:28 AM
Para politisyen pun kena jaga2 ye.. yang suka kencing merata..sampai blackout..
Quote binipopeye 22-7-2020 03:54 AM
perangai kencing berak merata ni elok di hapuskan... lebih2 lawatan yg dtg dari tanah besar utara
Quote CatMiow 22-7-2020 10:44 AM
Kesiannya,  dah tua sakit mental.

Harap dijauhkan dari sakit2 begini.
Quote Marsyal Yau 22-7-2020 04:00 PM
Kalau dah pesakit mental, memang la tak rasional.
Quote Scheherazade 22-7-2020 04:15 PM
Kesian kt mangsa. Bkn sengaja pun nk asyik terkencing terberak. Tp nk slhkn pelaku pun xleh jgk, dah dia pun mental.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.072649 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top