CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tahniah, Maya Karin Aktres Terbaik! Tak Pernah Mengecewakan

22-7-2020 10:15 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9384| Komen: 43|Original author: Oleh: Cari-azza

Description: "Walaupun tiada nama besar di dalam filem ini, saya bersetuju untuk membintanginya kerana tertarik dengan watak Makcik Fatimah."




"Walaupun tiada nama besar di dalam filem ini, saya bersetuju untuk membintanginya kerana tertarik dengan watak Makcik Fatimah."



Aktres Maya Karin menerima pengiktirafan Anugerah Juri dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik (Commendation in Best Actress Category) di Ramsgate International Film & TV Festival yang berlangsung pada 11 hingga 14 Jun 2020 lalu.


Kredit foto : FB

Lakonannya sebagai Makcik Fatimah dalam filem 'Olympic Dream' berjaya menarik perhatian juri. Malahan Maya, 41, tidak menyangka dengan pengiktirafan tersebut seperti yang dilaporkan Astro Gempak.

  "Mungkin apa yang saya cuba sampaikan dalam filem ini memberi impak kepada juri dan penonton. Sejak pertama kali menerima skrip filem ini, ia sudah pun memberi kesan secara peribadi kepada saya."



Kredit foto: Harian Metro

Maya dalam kenyataannya turut berterima kasih kepada pengarah dan pihak produksi yang memberi peluang kepadanya untuk berkarya mengikutnya sendiri.

"Dengan pengiktirafan ini, saya lebih bersemangat untuk terus memberikan yang terbaik dalam setiap naskhah yang saya bintangi."

Ramsgate International Film & TV Festival merupakan sebuah festival filem yang berpusat di bandar pesisir Ramsgate, England sejak 2017 lagi. Festival ini memberi platform kepada pembuat filem bebas dari UK dan antarabangsa untuk berkongsi karya baru.


Kredit foto : FB

'Olympic Dream' filem arahan sutradara Don Hoe ini menyaksikan Maya memegang watak sebagai Makcik Fatimah menjadi pendorong kepada anak yatim di bawah jagaannya, Anna Wong yang mengejar impian untuk menjadi seorang permain badminton negara dan bertanding di kejohanan Olimpik.

Tahniah kru produksi dan aktres cantik, Maya Karin. Terima kasih kerana mengharumkan nama negara. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 22-7-2020 10:27 AM
Harap2 poster bila keluar nanti lagi lawa dan letop. Sebab tengok yang coming soon tu terus turn off macam DVD cetak rompak dekat pasar malam.
Quote nadna 22-7-2020 10:34 AM
Tahniah Maya Karin
Quote Themilo 22-7-2020 10:56 AM
dudaberhias replied at 22-7-2020 02:27 AM
Harap2 poster bila keluar nanti lagi lawa dan letop. Sebab tengok yang coming soon tu terus turn off ...

nyeh, kau ingat filemindie level-level film fest ni pikir ke pasal commercial value?
Quote husna_amal 22-7-2020 11:04 AM
Tahniah makcik fatimah.
Quote aemon 22-7-2020 11:07 AM
berlakon kayu kayan lg tak?
Quote asimilasi 22-7-2020 11:09 AM
congrats.. sheols mmg deserved...  jumpa sheols live mmg lawa... mata besar....
Quote missus_meow 22-7-2020 11:14 AM
tahniah, moga terus berjaya
Quote terpaling 22-7-2020 11:29 AM
menang award ni dah tak berlakon kayu la kan??
Quote bobo_beck 22-7-2020 12:02 PM
"Olympic Dream' filem arahan sutradara Don Hoe ini menyaksikan Maya memegang watak sebagai Makcik Fatimah menjadi pendorong kepada anak yatim di bawah jagaannya, Anna Wong yang mengejar impian untuk menjadi seorang permain badminton negara dan bertanding di kejohanan Olimpik."

Suke aku bile ada jalan cerita mcm ni.. cerita2 mcm ni boleh menggalakkan perpaduan antara kaum.. cerita cinta2 sendu lah buat aku malas nak layan movie tempatan.

Tahniah maya karin.. harap bile tgk full nanti best la jugak cite nya..
Quote one_aiman 22-7-2020 12:05 PM
dah tak kejung jegil2 mata ke dapat award ni?
Quote padris 22-7-2020 12:06 PM
Tahniah... Beautiful as always...  
Quote dudaberhias 22-7-2020 12:09 PM
Themilo replied at 22-7-2020 10:56 AM
nyeh, kau ingat filemindie level-level film fest ni pikir ke pasal commercial value?

Ala buat simple2 je macam poster mokhsin, jangan kalerful sangat jah
Quote RatuDunia94 22-7-2020 12:52 PM
Pada meols lakonan maya ni xde la mcm WOW sangat gitu.. masih standar gitu.. entah lah...
Quote dubuk 22-7-2020 01:04 PM
ohh Fatimah.. gadis ayu.. Fatimah ni antara empat nama ketua syurga.. forumer ada.. ?
Quote Lengkong 22-7-2020 01:09 PM
Tahniah


Quote Izumieza 22-7-2020 01:26 PM
Congrats makcik fatimah
Quote Gianna111 22-7-2020 01:42 PM
Aura dia ni kuat la....
Quote supernaturalee 22-7-2020 05:14 PM
tahniah

tp skeptikal lakonan sheols sbg makcik2 dlm tu
die berlakon bgs, cuma pronunciation die yg xsedap didengar
nuansa indon tu masih tak hilang
tp xtau lah kot dlm olympic dream ni dh xde kn

Quote Normabaru 22-7-2020 05:29 PM
asimilasi: congrats.. sheols mmg deserved...  jumpa sheols live mmg lawa... mata besar....



Yup lawa n kecik je org nye..

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.067873 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top