Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan dalam kotak air mineral di persimpangan Jalan Kabus-Jalan Bintang di Ampang, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, "Kita mendapati bayi berkenaan masih bertali pusat dan beruri yang diletakkan di dalam kotak dan ditutupi dengan daun. "Bayi berkenaan kemudian dibawa dengan ambulans ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut." Sinar Hairan melaporkan, pihak polis tidak menemui sebarang dokumen atau barang milik bayi berkenaan. "Bayi seberat 2.8 kilogram itu dipercayai dilahirkan tidak sampai 24 jam."
Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu buang bayi. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Zanariah di talian 0189604202 atau mana-mana balai polis berhampiran. -CARI |
TravellingBear replied at 20-7-2020 02:45 PM
apa event bulan sept / oct 2019 sampai byk betul bayi dibuang
orkidorkido replied at 21-7-2020 12:31 AM
KPJ Damansara ada baby hatch dekat emergency entrance tu, tak tau lah macamana nak create awareness ...
ADVERTISEMENT