Kandungan baru sahaja masuk trimester kedua, namun Mawar Rashid dilihat sudah berani mengambil risiko dengan menaiki boy ke Pulau Perhentian. Tapi Mawar kata dia sudah mendapatkan nasihat dan saranan doktor dahulu sebelum melakukan aktiviti ketika bercuti ke pulau tersebut.
"Awal-awal tu risau juga tapi saya tanya pakar dia kata boleh pergi cuma jangan naik bot kecil," katanya kepada mStar Online. Tambahnya, dia dinasihatkan untuk menaiki bot besar bagi memastikan tiada hentakan kuat selain kena duduk di bahagian belakang.
"Semasa di sana pun saya memang jaga betul-betul." Alahan dan loya yang dialami pelakon ini juga nampaknya sudah berkurangan dan dia sudah mula aktif bekerja. Mawar dan Raf Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki sebelum ini. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|