CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kelar Leher Kekasih Sebab Cemburu Dengan Anak

16-7-2020 05:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2415| Komen: 11

Lelaki mengelar leher kekasihnya angkara cemburu dipenjara 13 tahun.

Menurut laporan Mirror, Karl Molyneaux menikam dan mengelar teman wanitanya sebanyak sembilan kali di rumah mangsa di South Shields, England.


Difahamkan, suspek bertindak demikian selepas mangsa meminta suspek meninggalkan rumahnya kerana mahu meluangkan masa bersama anak perempuannya.


Kredit foto: Mirror

Mangsa kemudian ditemui dua anaknya di dapur dalam keadaan parah, manakala Molyneaux melarikan diri dari lokasi kejadian.

Mahkamah Newcastle Crown dimaklumkan lelaki berusia 53 tahun itu melarikan diri ke garaj berhampiran sebelum menghubungi polis dan membuat pengakuan mengenai perbuatannya.

Akuinya, dia hilang pertimbangan diri selepas merasakan seolah-olah kehadirannya 'ditolak' apabila diminta meninggalkan rumah mangsa.

Dia juga menyangka mangsa ingin mengakhiri hubungan mereka, sekali gus mendorong Molyneaux mencederakan wanita itu kerana telah menyakiti hati dan perasaannya.


Mangsa yang mengalami cedera di pipi, leher, bahagian badan, lengan kanan dan siku dikejarkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan.

Menurut hakim, hubungan baik mangsa dengan bekas kekasihnya menyebabkan tertuduh menjadi seorang yang obsesif dan posesif hingga mendorong dia melakukan serangan terhadap kekasihnya pada 11 Mac lalu.

Tertuduh dan mangsa sudah mengenali antara satu sama lain selama 10 tahun, namun baru menjalin hubungan pada Disember 2019.

Walaupun masih melalui proses perceraian dengan isterinya, Molyneaux telah melamar mangsa, namun ditolak kerana wanita itu belum bersedia. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 16-7-2020 05:38 PM
GILAAAAAAAAAAAAAA.. Mujur tak mati ex gf dia.
Quote Artemesiaa 16-7-2020 05:49 PM
Mental je sanggup bertindak sampai macam tu
Quote Xim 16-7-2020 06:00 PM
Aduhla....cari la pmpuan lain...bunga bkn sekuntum la....
Quote Kurex 16-7-2020 06:06 PM
Takkan la leluhur paling bertamadun buat macam ni
Quote Perawankota 16-7-2020 11:25 PM
Ish3.... Teruk Sgt dah klu smpi mcmni
Quote sukacactus 16-7-2020 11:27 PM
Perangai buruk xkan susut seiring usia ye
Quote Supersirap 17-7-2020 12:29 AM
Mental betul orang ni
Quote ikanmasin 17-7-2020 01:36 AM
giler lah nsb baik gf tak mati..
Quote husna_amal 17-7-2020 10:36 AM
cemburu sampai buat diri tu jadi tak betul.
Quote siputpepel 17-7-2020 02:50 PM
bahaya.... cari lah pasangan yang molek
Quote samien_Line 18-7-2020 01:00 AM
Macemm macem...sampai gitu buat kt anak

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.038000 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top