Seorang suami sanggup membahayakan nyawa isteri sendiri apabila menolak saranan doktor agar rahim isterinya diikat selepas bersalin anak mereka.
Menurut kisah yang dikongsi di Facebook Public Health Malaysia, si isteri baru berumur tak sampai 30 tahun tapi dah mengandung lima kali. Sejarah mengandung pila sangat rapat dan sudah tiga kali bersalin secara caesarean. Pernah ada komplikasi rahim pecah pada kandungan kedua, dan untuk bersalin kali ini, doktor akan jalankan pembedahan menegak iattu di bahagian ari-ari. "Jika isteri mengandung kali keenam, ia akan membahayakan nyawa isteri dan anak. Bagaimanapun cadangan doktor pakar tersebut disanggah dan ditolak mentah-mentah."
Alasan si suami adalah 'jihad agama'. Lebih menyedihkan, si suami juga hanya mahu doktor perempuan merawat isterinya selain tidak mahu memberikan suntikan vaksin kepada anaknya. Sementara itu ada juga pihak yang mencadangkan perlunya akta untuk melindungi wanita bagi kes seperti ini. Antara pandangan orang ramai: "Suami tiada hati perut dan belas kasihan. Dia anggap isterinya kilang anak. "Kalau isteri dan anak mati, mesti akan keluar ayat 'dah takdir Allah nak buat macam mana'. Muak dengan penunggang agama." -CARI
|
doubleA replied at 15-7-2020 08:06 AM
Pity si isteri. Makan pil perancang jela dapat jantan selfish
ellejo replied at 15-7-2020 04:21 PM
september lepas aku balik kampung then visit kawan yg baru bersalin. anak dia dah empat. umur baru ...
ellejo: september lepas aku balik kampung then visit kawan yg baru bersalin. anak dia dah empat. umur baru 30. laki keje guard kilang. tanyala lepas ni pakai ...
ADVERTISEMENT