CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

RM499 Untuk 2 Malam, Murahnya Ejen Jual! Tapi Kenapa Hotel Kata Scam?

10-7-2020 10:19 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10444| Komen: 30|Original author: Oleh: cari-azza




Pernah dapat baucar penginapan mewah dengan harga tidak masuk akal? Betul ke tipu?

Inilah dilema dialami pelancong domestik yang teruja menempah penginapan mewah dengan harga yang sangat murah! Apatah lagi jika penginapan itu berlokasikan di atas air atau mempunyai kolam renang sendiri, pastinya ramai yang tidak mahu melepaskan peluang sebegini.

Namun, bagi pengguna Twitter Januar Haikal, dia hampir membuat pembayaran sebuah hotel mewah setelah tertarik dengan iklan tersebut.

Namun, dia kemudiannya menelefon pihak hotel sendiri bertanyakan promosi tersebut dan jawapan yang diperolehinya adalah mengejutkan. Tiada promosi murah sebegitu yang ditawarkan oleh pihak hotel membuatkan isu menjadi panas antara dia dengan ejen yang menguruskan baucar tersebut.



Kredit foto: Twitter

Menurut Januar lagi, dia menghubungi pihak hotel terbabit bagi mendapatkan kepastian setelah ragu-ragu dengan tawaran tersebut. Pakej itu ada tetapi bukan untuk 3 hari 2 malam, sebaliknya untuk 2 hari 1 malam sahaja. Lebih mengejutkan, pakej tersebut telah berakhir pada Jun lalu seperti yang diiar-uarkan di laman sesawang hotel berkenaan.

Jadi, bagaimana ejen bertegas pakej RM499 untuk 3 hari 2 malam masih ada?


Kredit foto: Twitter

Bagaimanapun, ejen berkenaan tetap menegaskan pakej tersebut wujud dan ramai yang telah menginap dengan harga tersebut. Eh! Macam tu pula?



Kredit foto: Twitter

Begitu juga dengan mereka yang mengatakan ianya adalah satu penipuan lalu menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan tawaran 'luar biasa' ini.


Namun, bagi mereka yang telah mendapat manfaatnya (harga murah), menegaskan ianya bukan penipuan, tetapi lebih kepada Ejen itu sendiri mempunyai harga istimewa yang pihak hotel sendiri tidak mampu tawarkan.


Kredit foto:  Twitter

Jadi, ada dua pendapat yang tegas dalam hal ini iaitu satu pihak yang meragui kewujudan pakej ini, manakala satu lagi pihak yang telah mendapat manfaatnya. Ada yang berani cuba ke? - CARI
1

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 10-7-2020 10:23 AM
Edited by Themilo at 10-7-2020 02:40 AM

kawan meols ada je jual pakej kat Lexis PD & Penang, bawah Gerbang Travel Tours..  Elok jaaa..

nih tengah jual The Pines Melaka pulak..
Quote sarah82 10-7-2020 10:28 AM
Themilo replied at 10-7-2020 10:23 AM
kawan meols ada je jual pakej kat Lexus PD & Penang, bawah Gerbang Travel Tours..  Elok jaaa..

n ...

Area utara dia x ada jual pakej?
Quote Themilo 10-7-2020 10:32 AM
sarah82 replied at 10-7-2020 02:28 AM
Area utara dia x ada jual pakej?

u mean hotel area Utara? meols tengok semalam, heols duk jual Pakej Villa Langkawi & Pakej Melaka
Quote Kurex 10-7-2020 10:34 AM
Aku tak suka tido hotel. Tak kisah la yg berbintang ke tak... Tak selesa nak tido
Quote sarah82 10-7-2020 10:56 AM
Themilo replied at 10-7-2020 10:32 AM
u mean hotel area Utara? meols tengok semalam, heols duk jual Pakej Villa Langkawi & Pakej Melaka
...

Menarik la yg Langkawi tu.. Tempek sini pakej tu.
Mana tau ada forumer lain yg berminat..
Quote Themilo 10-7-2020 11:00 AM
sarah82 replied at 10-7-2020 02:56 AM
Menarik la yg Langkawi tu.. Tempek sini pakej tu.
Mana tau ada forumer lain yg berminat..

Nih chuols.. pm meols untuk phone / fb heols
Quote sarah82 10-7-2020 11:13 AM
Edited by sarah82 at 10-7-2020 11:20 AM
Themilo replied at 10-7-2020 11:00 AM
Nih chuols.. pm meols untuk phone / fb heols


1588..pergh.. Tapi menarik..iols nak kongsi kat makcik iols.. Maybe boleh dia ambik utk hadiah honeymoon anak dia..
Quote Themilo 10-7-2020 11:20 AM
sarah82 replied at 10-7-2020 03:13 AM
1588..pergh.. Tapi menarik..

Private Villa chuols.. swimming pool depan bilik jaa
Quote sarah82 10-7-2020 11:23 AM
Themilo replied at 10-7-2020 11:20 AM
Private Villa chuols.. swimming pool depan bilik jaa

Hehehe.. Iols dah wasap kat makcik iols.. Nanti dia update..iols dm chuols tau.. Ni dia sibuk esk nak angkat nikah
Quote Kurex 10-7-2020 11:26 AM
sarah82 replied at 10-7-2020 11:23 AM
Hehehe.. Iols dah wasap kat makcik iols.. Nanti dia update..iols dm chuols tau.. Ni dia sibuk esk  ...

Bukit malut pun best tau
Quote nora_balqis 10-7-2020 11:38 AM
beli voucher yg grand lexis PD tapi sebelum 30hb Jun hari tue.ada gak iklan untuk lexis hibiscus nie

tapi alhamdulilah ok
dah booking and confirm utk bln ogos nnti dgn hotel.
Quote mizruncing 10-7-2020 11:53 AM
meols ade beli voucher lexis bulan lepas. tp bila nk booking hotel ckp dh full smpai bulan 9 ni. tp dia bg la date yg available. takde la nk kata tipu ke ape. so depends pd agent yg korg ambik kot. must be trusted agent laa
Quote meow_tompok 10-7-2020 12:04 PM
Themilo replied at 10-7-2020 11:00 AM
Nih chuols.. pm meols untuk phone / fb heols

dear, meow nak info pakej kawan chuols offer tu sekali bole tak


Quote sarah82 10-7-2020 12:26 PM
Kurex replied at 10-7-2020 11:26 AM
Bukit malut pun best tau

Hahaha.. Org tu nak pi honeymoon chuols.. Mana boleh pi bukit malut
Quote awanysss 10-7-2020 02:28 PM
makcik iols baru pergi last month..
betul la harga tu.. kat website dia pun ada harga yg viral tu..
ke ni kes dah offer pastu menyesal sbb sambutan hangat
Quote husna_amal 10-7-2020 03:58 PM
Nasib baik dia siasat. Scammer merata2 cari mangsa.
Quote Cassieopeia 10-7-2020 04:20 PM
oh ikut agent la ni ye.. tp tgk kt web hotel tu ade je harga tu tp mmg 2h1m je.. xdela sampai 3h2m..
Quote semahsally 10-7-2020 04:34 PM
iols pon beli dah voucher rm499 utk lexis hibiscus tu..tapiii betul ke da fully booked sampai bulan 9? sbb iols belum confirm date lagi..ingatkan nak gi bulan 9 jugakk
Quote Artemesiaa 10-7-2020 06:36 PM
Mestilah ada beza harga pelanggan beli terus dengan pihak hotel dengan harga beli dengan agent sebab agent selalunya dapat harga lebih murah dari harga untuk pelanggan biasa.  Tapi kena pastikan yang ianya agent bertaulian dan dipercayai

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.082712 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top