Pernah dapat baucar penginapan mewah dengan harga tidak masuk akal? Betul ke tipu?
Inilah dilema dialami pelancong domestik yang teruja menempah penginapan mewah dengan harga yang sangat murah! Apatah lagi jika penginapan itu berlokasikan di atas air atau mempunyai kolam renang sendiri, pastinya ramai yang tidak mahu melepaskan peluang sebegini.
Namun, bagi pengguna Twitter Januar Haikal, dia hampir membuat pembayaran sebuah hotel mewah setelah tertarik dengan iklan tersebut.
Namun, dia kemudiannya menelefon pihak hotel sendiri bertanyakan promosi tersebut dan jawapan yang diperolehinya adalah mengejutkan. Tiada promosi murah sebegitu yang ditawarkan oleh pihak hotel membuatkan isu menjadi panas antara dia dengan ejen yang menguruskan baucar tersebut.
Kredit foto: Twitter
Menurut Januar lagi, dia menghubungi pihak hotel terbabit bagi mendapatkan kepastian setelah ragu-ragu dengan tawaran tersebut. Pakej itu ada tetapi bukan untuk 3 hari 2 malam, sebaliknya untuk 2 hari 1 malam sahaja. Lebih mengejutkan, pakej tersebut telah berakhir pada Jun lalu seperti yang diiar-uarkan di laman sesawang hotel berkenaan.
Jadi, bagaimana ejen bertegas pakej RM499 untuk 3 hari 2 malam masih ada?
Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun, ejen berkenaan tetap menegaskan pakej tersebut wujud dan ramai yang telah menginap dengan harga tersebut. Eh! Macam tu pula?
Kredit foto: Twitter
Begitu juga dengan mereka yang mengatakan ianya adalah satu penipuan lalu menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan tawaran 'luar biasa' ini.
Namun, bagi mereka yang telah mendapat manfaatnya (harga murah), menegaskan ianya bukan penipuan, tetapi lebih kepada Ejen itu sendiri mempunyai harga istimewa yang pihak hotel sendiri tidak mampu tawarkan.
Kredit foto: Twitter
Jadi, ada dua pendapat yang tegas dalam hal ini iaitu satu pihak yang meragui kewujudan pakej ini, manakala satu lagi pihak yang telah mendapat manfaatnya. Ada yang berani cuba ke? - CARI
|