Pelakon veteran Halimaton Saadiah Mohd Daud atau Mak Wan menjelaskan dia terlalu terkejut hingga pengsan apabila diumumkan mendapat tajaan pakej umrah. "Saya terkejut sangat dan terus pengsan selepas nama diumumkan antara 25 insan yang bertuah mendapat tajaan pakej umrah disediakan. "Maklumlah, saya tak sangka doa yang sering dimohon pada Allah setiap kali solat, akhirnya menjadi kenyataan," katanya kepada Harian Metro. Katanya, dia sangat terharu dan bersyukur apabila doa diberikan peluang kedua untuk menunaikan umrah kali kedua dimakbulkan. Mak Wan, 58, berkata, dia menunaikan umrah kali pertama pada 2015 dalam keadaan kurang upaya selepas terbabit kemalangan. "Walaupun miskin dan tidak berkemampuan, ada juga insan yang baik hati sudi membuat tajaan ini dan saya terpilih," katanya.
|
nazzse: Alhamdulillah..berkat sabar, tak mengeluh mencari rezeki utk family..Allah swt bayar balik
LadyCarefree replied at 7-7-2020 03:56 PM
Dia miskin ke? Katanya dah pergi umrah dulu. Kenapa retis special? Lol
LadyCarefree replied at 7-7-2020 03:56 PM
Dia miskin ke? Katanya dah pergi umrah dulu. Kenapa retis special? Lol
ADVERTISEMENT