Selebriti Dwayne 'The Rock' Johnson mengungguli carta "Instagram Rich List" 2020 dengan nilai jangkaan pendapatan melebihi ASD 1 juta bagi setiap hantaran untuk tujuan pengiklanan di laman Instagramnya. Kylie Jenner yang sebelum ini menduduki tempat pertama untuk tahun 2018 dan 2019 jatuh ke tempat kedua dengan nilai jangkaan pendapatan hampir mencecah ASD 1 juta bagi setiap hantaran. Jumlah pengikut IG The Rock adalah 187.3 juta manakala Kylie 181.5 juta. Manakala, Cristiano Ronaldo walaupun memiliki jumlah pengikut melebihi The Rock dan Kylie Jenner iaitu seramai 224.8 juta hanya mampu menduduki tempat ketiga dengan nilai jangkaan sebanyak ASD 889 ribu bagi setiap hantaran. Menurut BBC News, Instagram Rich List ini mula diperkenalkan oleh Hopper HQ pada tahun 2017. - CARI
|
dua_chzy replied at 7-7-2020 09:28 AM
Acik2 pprt mana la yang kayakan Kylie ngan Kim tu.
ADVERTISEMENT