Selepas kematian bintang TikTok India dipercayai akibat bunuh diri baru-baru ini, negara itu mengambil langkah mengharamkan aplikasi berkenaan. Menurut media tempatan seperti dipetik AWANI, selain TikTok, 59 aplikasi lain termasuk WeChat buatan China turut diharamkan kerana didakwa mendatangkan bahaya kepada negara.
Kementerian Teknologi Maklumat India dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu diambil selepas pihaknya menerima banyak aduan yang mendakwa aplikasi terbabit mengambil data secara tidak sah. "Pengumpulan, perlombongannya dan pemprofilan data itu mempunyai elemen yang boleh menjejaskan keselamatan dan pertahanan negara India. "Ia akhirnya boleh mengugat kedaulatan dan integriti India dan hal ini memerlukan langkah kecemasan segera," kata kenyataan itu. Dianggarkan lebih 120 juta pengguna, India menjadi pasaran asing terbesar aplikasi berkenaan.
Syarikat ByteDance berpangkalan di Beijing yang membangunkan aplikasi TikTok bagaimanapun menafikan dakwaan berkongsi data pengguna yang diambil secara tidak sah dengan kerajaan China. - CARI
|
RatuDunia94 replied at 30-6-2020 04:12 AM
India mmg x ngam sangat dgn China pun kannn
ADVERTISEMENT