CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curiga Kesan Lubang Di Kepala - Kakak Sulung Nazrin

10-6-2020 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10659| Komen: 47

Kakak sulung Allahyarham Nazrin Hassan, Che Elainee Che Hassan, 63, memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam, bahawa dia bersama dua lagi adiknya memohon bedah siasat kedua dijalankan ke atas jenazah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd berikutan penemuan kesan lubang sebesar satu inci di kepala adik bongsunya yang mencurigakan.


"Pada hari kejadian, saya ke bilik mayat di Hospital Kuala Lumpur untuk melihat jenazah adik saya (Nazrin), dan saya ternampak satu kesan lubang berdiameter satu inci pada bahagian kiri kepalanya. Ini menimbulkan kecurigaan kepada saya dan adik-adik yang lain.


Kredit foto: NST

"Kesan lubang berkenaan sangat elok bulatnya dan ia mustahil disebabkan oleh kecederaan letupan seperti yang ditulis dalam hasil bedah siasat," kata saksi pendakwaan ke-21 itu ketika membaca penyataan saksi di hadapan Hakim Ab Karim Ab Rahman seperti dipetik BERNAMA.


Katanya, dia juga hadir ketika jenazah Allahyarham digali semula pada pada Oktober 2018 susulan kematian adik bongsunya itu ditukar kepada kes bunuh.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 dan 14 Julai ini untuk pihak pembelaan membawa seorang pakar kebakaran dari Australia bagi membantu menyoal balas saksi pendakwaan ke-20, Edwin Galan Teruki iaitu Pengarah Jabatan Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Bagaimanapun, mahkamah akan meneruskan prosiding perbicaraan sekiranya pakar kebakaran dari luar negara itu, John Charles Plimsoll Horswell gagal hadir pada tarikh ditetapkan. - CARI



Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 10-6-2020 11:58 AM
Lama aku tunggu update tentang kes ni
Quote sharlenetexas 10-6-2020 12:07 PM
Minachi tu tak mengigau dihantui kenangan silam ke?
Quote manehnya 10-6-2020 01:08 PM
Benda mcm tu pun forensik bleh lepas... Ka buat x nnpak
Quote namieamuro 10-6-2020 01:33 PM
akhirnye ade update kes ni..antara kes yg iols x saba nak tau penghujungnye..

kesan lubg tu terlps pandang ke mule2? kesan dipanah?
Quote awanearisu 10-6-2020 01:37 PM
Selalu kita baca mengenai kewibawaan doktor forensik tempatan. Tetapi kes ini dan juga kes arwah Adib membuatkan kita meragui kepakaran mereka. Ditambah pula abang arwah ini juga seorang doktor kan? Jadi adik-beradik arwah memang memiliki asas untuk mempertikaikan hasil bedah siasat arwah.
Quote idril 10-6-2020 01:44 PM
nasib baik la adik beradik arwah tu bijak2 belaka... kalau org kg tu pejam mata je la tak mampu nak membuktikan keraguan kes
Quote rosli_nurizzati 10-6-2020 02:16 PM
hopefully dpt la.closure for this case.. nasib baik family dia fight for his justice
Quote husna_amal 10-6-2020 02:54 PM
Semoga dipermudahkan temui kebenaran
Quote Meiizu 10-6-2020 04:05 PM
sarah82 replied at 10-6-2020 11:58 AM
Lama aku tunggu update tentang kes ni

me too..tolong cari , spoonfeed me ollssss link lama
Quote sarah82 10-6-2020 04:07 PM
Meiizu replied at 10-6-2020 04:05 PM
me too..tolong cari , spoonfeed me ollssss link lama

Jap lagi iols cari..
Quote 234126 10-6-2020 04:44 PM
certain case cekap pantas adil,  certain case buat2 tak cekap & clumsy. sangat fishy. Especially kalau case melibatkan higher rank people ni semedang la ping pong tak habis
Quote stania83 10-6-2020 04:52 PM
Lubang elok dikepala, apa lagi kena panah latuh
Quote Nham22 10-6-2020 04:55 PM
idril replied at 10-6-2020 01:44 PM
nasib baik la adik beradik arwah tu bijak2 belaka... kalau org kg tu pejam mata je la tak mampu nak  ...

Kalau orang kampung ni "kami redho" dah... Huhuhu
Quote siput_gondang 10-6-2020 05:02 PM
manehnya replied at 10-6-2020 01:08 PM
Benda mcm tu pun forensik bleh lepas... Ka buat x nnpak

Sama la. Rasa pelik juga ni
Quote Manjahati 10-6-2020 05:04 PM
Moga terbuka ler kebenarannya
Quote manehnya 10-6-2020 05:05 PM
siput_gondang replied at 10-6-2020 05:02 PM
Sama la. Rasa pelik juga ni

Rs mcm yg buat ni dh rancang awal semua benda, dia dulu yg claim kena hp meletop, sebelum forensik Bomba buat apa2 lg...

Ya Allah smgoa keadilan akan tertegak walaupun byk tangan ghaib yg menghalang...
Quote cadarblogsot 10-6-2020 06:27 PM
namieamuro replied at 10-6-2020 01:33 PM
akhirnye ade update kes ni..antara kes yg iols x saba nak tau penghujungnye..

kesan lubg tu terlp ...

ye.. me too.. tertunggu2 apa statusnya

Quote namieamuro 10-6-2020 06:31 PM
cadarblogsot replied at 10-6-2020 06:27 PM
ye.. me too.. tertunggu2 apa statusnya

iols sakit hati tgk si balu arwah ni muke mcm 'win' je bile dpt diikat jamin aritu..heh
Quote lola0311 10-6-2020 06:32 PM
idril replied at 10-6-2020 01:44 PM
nasib baik la adik beradik arwah tu bijak2 belaka... kalau org kg tu pejam mata je la tak mampu nak  ...

Betul2 redo gitu. Mmg hebat2 belakang abg kakak dia.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.067724 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top