CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Menyalak Suruh Buka Taska, Yuran Dari Bulan 1 Belum Bayar!"

9-6-2020 11:56 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 8922| Komen: 46|Original author: Oleh: LilRose

Description: Kutipan yuran berkurang berikutan jumlah kanak-kanak yang terpaksa dikurangkan menyebabkan taman asuhan kanak-kanak (taska) tidak dapat menampung kos operasi jika terus mengenakan yuran bawah RM600.
Kutipan yuran berkurang berikutan jumlah kanak-kanak yang terpaksa dikurangkan menyebabkan taman asuhan kanak-kanak (taska) tidak dapat menampung kos operasi jika terus mengenakan yuran bawah RM600.


Lantaran itu, Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Anisa Ahmad mencadangkan kenaikan kadar yuran bagi memastikan kelangsungan operasi taska.


Kredit foto: Twitter

"Walaupun sejak 4 Mei lepas ada taska yang sudah beroperasi dan semakin banyak taska akan dibuka pada 9 Jun ini, namun dengan bilangan kanak-kanak yang terpaksa dikurangkan sehingga 50 peratus bagi mematuhi penjarakan sosial, maka kutipan yuran juga berkurang.

"Hal ini secara tidak langsung telah menjejaskan operasi taska kerana tidak dapat menampung beberapa kos seperti gaji pengasuh taska, sewa premis, bil api dan air, makan dan minum serta alat bantuan mengajar. Kita tunggu dalam dua hingga tiga bulan lagi dan lihat sama ada operasi taska ini boleh bertahan atau tidak," katanya kepada Bernama.


Cadangan kenaikan yuran itu susulan keresahan pengendali taska yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak 18 Mac lalu.

Hal ini mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan ibu bapa serta pengendali taska di laman sosial.





Kredit foto: Twitter

Apa saranan anda? - CARI
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 9-6-2020 12:31 PM
hoi...aku byr yuran taska mcm biasa jer..no diskaun2 walau tiada homeowrk n elearning b
Quote nefnefnef 9-6-2020 12:33 PM
Amboi... Kalau tak bayar dari bulan 1 memang meminta la kena kecam balik
Quote airmineral 9-6-2020 12:36 PM
kalau xbayar kenapa still amik budak tu.
Quote epal21 9-6-2020 12:44 PM
Amboi,tak cukup untung lagi ke pengusaha taska tadika ni? Bayar gaji cikgu ciput,masa pkp ni bayar sewa aje,bil utilities semua takde,gaji cikgu pun ntah2 potong. Sama aje lah dgn pengusaha van sekolah.
Quote AbukRokok 9-6-2020 01:11 PM
nmpaknya kos sara hidup akan mencanak naik lbh tggi dari sebelum pkp
Quote CatMiow 9-6-2020 01:41 PM
Kalau anak jagaan kurang 50% memang naik sekali ganda la yurannya.

Patut la ada yg sanggup hantar pengasuh yg kat rumah je.
Quote ell768 9-6-2020 01:52 PM
cakap banyak lak..weh tadika online learning pun takat seminggu sekali..transit pun nak charge walau anak x hantar..dah tu nak ckp cost cost..cost tu boss laa tanggung..mcm bisnes2 lain jgk..takde backup ke modal pusingan sebelum meniaga tu..dgn bantuan yg dpt lg..
Quote Lagubestbest 9-6-2020 02:28 PM
pepandai la nak idup. hilang satu taska tumbuh taska lain.
Quote CiliPadiSedap 9-6-2020 02:46 PM
Anak akak upah anak buah je jaga. Save bajet. Siapa ada anak dara jobless bg lah kerja jaga baby2 or anak kecil..
Quote Kaktusmati 9-6-2020 02:55 PM
celah mana pulak bilangan budak berkurang 50%? taska anak aku bukan main ramai tadi. dengan budak2 transit sekali menumpang sana. cam haram
Quote tagas 9-6-2020 03:06 PM
No service no pay la ngokkkk
Quote sarah82 9-6-2020 03:09 PM
Kalau aku buka servis jaga budak2 ni.. Harus masuk
Quote famri7 9-6-2020 03:10 PM
Sikit skit kerajaaan ...masa ko buat tarian burit depan suami sampai terberanak ad ako fikir kerajaanbm tuh? Ptuihhh
Quote husna_amal 9-6-2020 03:13 PM
Kesian mak ayah yang yang hantar anak kat taska ni. Makin tinggi kos mereka lagi2 kalau ramai anak.
Quote MadameOnion 9-6-2020 03:34 PM
sarah82 replied at 9-6-2020 03:09 PM
Kalau aku buka servis jaga budak2 ni.. Harus masuk

Sorang rm350-400 pun kira murah.. ambik baby lagi senang if hang cekap jaga baby..kalau toddler buleh mengucap panjang kang depa camuk rumah hang
Quote sarah82 9-6-2020 03:45 PM
MadameOnion replied at 9-6-2020 03:34 PM
Sorang rm350-400 pun kira murah.. ambik baby lagi senang if hang cekap jaga baby..kalau toddler bu ...

Hahaha.. X nak aku.. Jaga tok pun kekadang pening.. Tapi betul.. Kalau org yg tak bekerja.. Boleh ambik kesempatan ni.. Jaga 4 org pun dah cukup la nak cover makan pakai setiap bulan.. Kalau rajin.. Mlm jaga anak nurse..
Quote Covid19 9-6-2020 03:45 PM
Bisnes taska la paling tak masyuk kalau taska tu jenis taska marhaen je caj parents RM400, RM500 utk seorang budak.. tak berbaloi..
Quote meow_tompok 9-6-2020 04:04 PM
Covid19 replied at 9-6-2020 03:45 PM
Bisnes taska la paling tak masyuk kalau taska tu jenis taska marhaen je caj parents RM400, RM500 utk ...

nak lagi yg kena bayar yuran franchise.

aku bole kesian je la dgn parents yg terpaksa hantar anak pergi taska. ada juga baca keluhan org yg meniaga/kerja sendiri. yg ni bole option berhentikan aja taska jaga anak sendiri.
Quote MoCuishle 9-6-2020 04:12 PM
I pulak tengah berkira-kira nak berhentikan anak2 dari taska sampai end of the year sebab Company allow untuk terus work from home sampai hujung tahun 2020.

Yuran taska bayar 50% aje since May, June pun dah bayar 50% tapi anak2 masih I jaga sesambil kerja.

Ingatkan kalau stop hantar ke taska, boleh hire daily babysitter utk datang rumah sementara I work from home ni.

Next year anak sulung dah 3 years old, anak kedua dah 2 tahun. Boleh hantar playschool ke apa ke lah next year.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.240402 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top