CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Giliran Uqasha Senrose Terkilan Dengan Peniaga Online Yang Kononnya Ikhlas

10-6-2020 08:30 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 17393| Komen: 98|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Jika sebelum ini, aktres Janna Nick meluahkan rasa terkilannya terhadap sikap peniaga online yang suka mendesak, terbaharu, aktres Uqasha Senrose pula berkongsi rasa tidak senang dengan peniaga online ...


Jika sebelum ini, aktres Janna Nick meluahkan rasa terkilannya terhadap sikap peniaga online yang suka mendesak, terbaharu, aktres Uqasha Senrose pula berkongsi rasa tidak senang dengan peniaga online.

Menerusi Instagram Stories pada Sabtu lalu, Uqasha menegaskan bahawa sikap segelintir peniaga yang menghantar makanan kepadanya untuk dirasai amat dihargai. 

Namun, itu adalah kerana ianya didakwa pemberian seikhlas hati. Bagaimanapun, apabila sentiasa diasak dengan pertanyaan bila mahu dikongsikan di Instagramnya, aktres ini mula terasa hati seperti yang dilaporkan portal Astro Gempak.


Kredit foto : Astro Gempek

"Nak kongsi cerita ni, sangat lawak. Saya dapat makanan daripada orang lain dan kita terima sebab nak hargai pemberian tu. Sebagai balasan kita akan tolong kongsi, war-warkan kepada ramai orang. Kita ikhlas nak buat dan jadi lagi gembira apabila dapat kongsi rezeki tanpa disuruh. Tapi apabila saya lambat kongsi disebabkan ada kerja lain untuk diselesaikan, saya ditanya banyak soalan. Bila nak 'post', bila nak 'tagged' makanan itu."

Kredit foto : IG

Bagi Uqasha, apabila berlakunya perkara sebegini, sikap peniaga itu boleh dipersoakan kerana tidak ikhlas. Pemberian 'ikhlas' mereka itu seolah-olah ada udang di sebalik batu.

"Secara peribadi saya rasa benda tu dah tak ikhlas. Apa yang awak bagi tu macam mengharapkan balasan daripada saya. Mula-mula itu ikhlas terima,  tapi dah jadi macam ni perasaan dah berubah."


Kredit foto : ig

Lebih malang apabila Uqasha menerangkan hal yang sebenarnya kepada mereka, dia pula dimarahi.

"Bila saya dah terangkan, dia pula yang menyalak tinggi dari saya. Dia pula cakap saya rumit (complicated). Saya rasa tak relevan."


Macam-macam ya kerenah peniaga online ni. Sepatutnya bila dah 'pemberian ikhlas' tu, janganlah mengharap yang berlebihan. Dah nama pun hadiah. Buat Uqasha, bersabar ya. - CARI
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • pitera


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomatome 10-6-2020 09:23 AM
Alaaa seller pn x payah la bg free kt retis2 ni eksen kemain!!! Tgu la sok da sendu wkt tu br sibuk nk promot  .. biz korg blh je jalan tnp review retis2 kerek ni
Quote kukukatablog 10-6-2020 09:35 AM
nak cepat bayar lahhh
Quote terpaling 10-6-2020 09:36 AM
seller pn tak nyempat2..
Quote matjerk 10-6-2020 09:37 AM
Buat effortlessly je.. X pyh beriya..
Ambik gambr food yg diterima..  N tag...  X payah  bukak.. X pyh makan...  X mukbang...  X pyh apa2...  X smpai 1 minit pun..  Masa respond to request seller tu..bagi alamat bagai. Mesti lagi ambik masa.. Dari sekadar nak post n tag je...
Quote anggeriklatifah 10-6-2020 09:37 AM
seller online ni lapar duit jeeeeeeee
fikir duitttttt
duitt
foollower
makanan rse sampah
Quote blekkep 10-6-2020 09:56 AM
bg food x smpai rm20 harge pstu demand suruh review...cam lahanat sekor2 online seller nie...duit kedekut nk kluar byr upah...almy tu selain dpt food free utk review,sheols dpt upah tau...
Quote Nana_Man 10-6-2020 10:04 AM
Patut charge untk ig review ni. Kalau makanan sedap, gi promote.
Kalau tak sedap, refund balik duit dan jgn promote.
Bnyk dah kes bagi kat org2 terkenal sedap2,cantik2. Tapi untk customer asal boleh jer.
Quote dewi_rina 10-6-2020 10:28 AM
Yang pergi bagi kat retis buat apa, dorang dah kaya
Bagi yg takde pendapatan mcm kak kaiaa ke, didi ke
Mesti dorang akan review dgn jujur yach
Quote mawar_mustika 10-6-2020 10:29 AM
macam kek telur masin tu....beria i beli kes terliur tgk ramai artis duk promot...harga gila mahal for me lh sbb rasa die biasa2 je
Quote dekmieDandy 10-6-2020 10:39 AM
kalau macam Rizalman tu, kalau dia dapat makanan / barang kena dengan taste dia, dia siap bayar lagi kat seller yang bagi tu

tapi obvi tak semua lar
Quote ffbeauties 10-6-2020 10:40 AM
mawar_mustika: macam kek telur masin tu....beria i beli kes terliur tgk ramai artis duk promot...harga gila mahal for me lh sbb rasa die biasa2 je


Kek Absolut chc ke?
Quote palmolive 10-6-2020 10:48 AM
patut ko hantar ke Chef Wan..baru valid kalo dia komen
Quote minah_selekeh 10-6-2020 10:51 AM
Senang je kes ni.. Kalau seller bayar, boleh la demand suruh post review sekian2 date.. Kalau seller bagi sebagai gift, better anggap je yang retis tu takkan post.. Baru la ikhlas namanya bagi gift..
Quote husna_amal 10-6-2020 10:53 AM
Peniaga online yang kedekut nak keluar duit dan ambil jalan pergunakan public figure.  Bagi tak ikhlkas dan ada makna.
Quote reenz013 10-6-2020 11:03 AM
mcm2 hallah seller ni
Quote BebeQ 10-6-2020 11:05 AM
Kalau i jadi retis, i bgtau siap2 yang i akan review kalau betul2 sedap kena tekak i je.
So, takde la seller ni meminta2 dan harap seller muhasabah diri la kalau tak kena review tu.
Quote chandrahusin 10-6-2020 11:18 AM
untung jadi artis
dapat makan free sokmo
barang2 free pun byk dapat
Quote Aunty_Acid 10-6-2020 11:34 AM
adan uke
memuja retis smpi bg mcm2 hadiah, kat adik beradik sendiri ntah pernah bg ke tak

kalau buat review pelesu, x sedap tp kata sedap nanti dosa tau
Quote Tinot7 10-6-2020 11:39 AM
palmolive replied at 10-6-2020 10:48 AM
patut ko hantar ke Chef Wan..baru valid kalo dia komen

Hahaha.. setuju

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.350951 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top