Pusat Kawalan dan Pencegahan Jangkitan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention, CDC) Amerika Syarikat mendapati jumlah kes rakyatnya keracunan bahan peluntur sangat membimbangkan.
Menurut laporan Oddity Central, ia berlaku di kalangan rakyatnya berikutan kebimbangan terhadap jangkitan wabak Covid-19. Difahamkan, mereka percaya amalan berkumur cecair peluntur atau menghidu wap dari cecair nyahkuman mampu mencegah daripada penularan wabak maut itu.
Berdasarkan kajian dibuat terhadap 502 responden, 19 peratus mendakwa mereka mencuci makanan terutama buah-buahan dan sayur-sayuran dengan cecair peluntur. Manakala, 18 peratus lagi membersihkan diri dengan bahan kimia dan 10 peratus daripada responden mengakui menyembur diri mereka dengan bahan peluntur dan nyahkuman. "Paling membimbangkan apabila enam peratus responden mengakui menghidu wap dari bahan pencuci dan cecair peluntur, manakala empat peratus responden berkumur dengan cecair peluntur," kata CDC. Kesannya, 25 peratus daripada mereka dilaporkan mengalami gejala seperti pening, kerengsaan kulit, rasa mual dan kesukaran bernafas selepas terdedah dengan bahan pencuci terbabit. - CARI
|
sehirkedi replied at 6-6-2020 11:11 PM
Hmm..
Media sana suka bahan Trump..
Trump maksudkan lain mereka putar 360°.
jazaa100 replied at 6-6-2020 11:38 PM
Oooo air + apple cider vinegar ek?....
Ingt kan air & garam je
Kurex replied at 9-6-2020 06:18 AM
Takkan la leluhur paling bertamadun buat macam ni
MsKathryn replied at 7-6-2020 05:54 PM
Mcm bahaya je... x pasal2 kena penyakit lain plak
Sebanyak 4% orang yang menyertai satu tinjauan
ADVERTISEMENT