Persidangan Dewan Rakyat sehari tanpa perbahasan nampaknya menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pembangkang. Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Dr Mujahid Yusof antara yang meluahkan rasa tidak puas hati di Twitter berhubung keputusan itu.
Malah, Mujahid mengeluarkan kata-kata sindiran dengan mencadangkan nama Parlimen diubah kepada 'Bisumen' kerana wakil rakyat tidak dibenarkan berbahas. Ciapan Mujahid itu turut disambut dengan sindiran oleh warga maya yang mempersoalkan tindakannya 'membisu' ketika menjadi menteri.
Malah, ada warganet mempertikaikan gambar Mujahid dan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak menjaga jarak sosial. Sementara itu, Sinar Harian melaporkan, antara lain yang membantah sidang sehari itu ialah Timbalan Menteri Pendidikan Nie Ching. "Ahli Parlimen harus diberi peluang untuk membahas isu Covid-19 ini," katanya. - CARI
|
totokreturn. replied at 18-5-2020 02:56 PM
Good job amanah
ADVERTISEMENT