CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Kampung Bina Tembok Tutup Jalan Sebab Tak Faham Maksud Penjarakan Fizikal

11-5-2020 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8616| Komen: 53

Gara-gara tidak memahami maksud sebenar penjarakan fizikal, tular gambar beberapa penduduk membina tembok di jalan masuk ke dua perkampungan di Jawa Barat.

Menurut Kompas.com seperti dipetik mStar Online, kejadian itu berlaku pada hujung minggu lalu di daerah Sumberpucung, wilayah Malang dan disahkan sendiri Pegawai Daerah Sumberpucung, M Sholeh.



Kredit foto: Kompas

"Memang benar ada penduduk Kampung Sambigede dan Kampung Senggreng membina penghalang jalan menggunakan batu bata, mereka mendirikan tembok itu sejak pagi Ahad.

"Semuanya gara-gara salah faham maksud jarak fizikal," katanya.

Katanya, semuanya bermula apabila penduduk Kampung Sambigede membina gerbang penghalang menggunakan buluh di jalan penghubung kampung itu.

Lantaran itu, penduduk Kampung Senggreng kemudian memutuskan untuk membina tembok batu.


Mereka beranggapan jika jalan Kampung Sambigede ditutup, mereka juga perlu berbuat perkara sama menyebabkan jalan masuk ke dua kampung berkenaan ditutup.

Tindakan membina penghalang jalan itu bagaimanapun tidak diketahui ketua kampung masing-masing.

Difahamkan, pihak Jawatankuasan Kepimpinan Kota (Muspika) Daerah Sumberpucung telah meninjau lokasi kejadian berikutan pembinaan tembok berkenaan tular di media sosial.

Kedua-dua gerbang buluh dan tembok bata di jalan masuk ke dua kampung terbabit dirobohkan selepas salah faham itu diselesaikan. - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • GigaMom


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 11-5-2020 04:58 PM
...........
Quote hiswife 11-5-2020 05:11 PM
Tepuk dahi baca
Quote munchkin 11-5-2020 05:13 PM
Penduduk kampung ni lagi pandai dari orang claim otak bandar sibuk nak beraya.
Quote Acikgomen 11-5-2020 05:17 PM
Calling @Peterpan17 utk sepatah dua hencapan
Quote aderaderker 11-5-2020 05:24 PM
Pemahaman masing2.

Sebab tu ada student dapat A+ ada yg dapat D kan...

Lawak pulak rasa
Quote ctcheery 11-5-2020 05:24 PM
Nahhhh!!!! Hahaha
Quote merrissa 11-5-2020 05:25 PM
munchkin replied at 11-5-2020 05:13 PM
Penduduk kampung ni lagi pandai dari orang claim otak bandar sibuk nak beraya.

masalahnya...belum raya ....dah sibuk ziarah menziarahi untuk berbuka....
Quote primarikey 11-5-2020 05:25 PM
Indon indon...xtau dh nk ckp ape..
Paling sadis kes gali dan pindah kubur..
Quote CiliPadiSedap 11-5-2020 05:39 PM
gila lah mesti banyak telan bubble tea.......
Quote Kurex 11-5-2020 06:16 PM
Leluhur ni... Apa nak diheran
Quote Kurex 11-5-2020 06:16 PM
@EJALTI ada nak cakap apa2 ke?
Quote matamata 11-5-2020 06:19 PM
Over prepared is better than under prepared...
Dlm keadaan mcm ni kat sana... Pada aku tindakan diaorg justify...
Quote Manjahati 11-5-2020 06:20 PM
Tumpang gelak jer
Quote Buritan 11-5-2020 06:36 PM
hiswife replied at 11-5-2020 05:11 PM
Tepuk dahi baca

Hahaha.. mcm tuu laa aku ngajo anak jawa kat sbk bernam.. aku ajo A depa buat e..hahaha
Quote Peterpan17 11-5-2020 06:37 PM
Acikgomen replied at 11-5-2020 05:17 PM
Calling @Peterpan17 utk sepatah dua hencapan

Aku baca dah tau kat mana. Indon dgn kebodohan, kejahilan, kebebalan mmg tak sah
Quote Nes3in1 11-5-2020 06:38 PM
Ai syak ni mesti jenis mentaliti kiasu tak nak kalah. Kampung sebelah pasang benteng dari buluh, kampung kita perlu lebih pasang benteng tembok gittewwlah spekuan ai. Samalah jugak kalau di msia ada menara pertronas kita ngak boleh kalah perlu ada menara pertamina walaupun...
Quote munchkin 11-5-2020 07:08 PM
merrissa replied at 11-5-2020 05:25 PM
masalahnya...belum raya ....dah sibuk ziarah menziarahi untuk berbuka....

Exactly. Sia sia pkp selama ni. Yg perak hijau sejak april jadi kuning.
Quote munchkin 11-5-2020 07:09 PM
matamata replied at 11-5-2020 06:19 PM
Over prepared is better than under prepared...
Dlm keadaan mcm ni kat sana... Pada aku tindakan di ...

Well said mm
Quote bukanomi 11-5-2020 07:11 PM
Dah agak dah kt Indon

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.092475 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top