CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

" Janna Sudah Beberapa Kali Menemui Ibu Saya ", Dini Harap Hubungan Lebih Serius

11-5-2020 02:37 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 10144| Komen: 38

Description: Hubungan cinta pasangan romantik, Dini Azan Schatzmann dan pelakon jelita Janna Nick sudah pasti sentiasa menjadi bualan dikalangan peminat.



Hubungan cinta pasangan romantik, Dini Azan Schatzmann dan pelakon jelita Janna Nick sudah pasti sentiasa menjadi bualan dikalangan peminat.

Awal Ramadan lalu, Janna Nick didakwa sudah berkahwin dengan kekasihnya itu di Selatan Thailand pada Jun tahun lalu.

Bagaimanapun, Janna yang juga pengacara Melodi menafikan dakwaan itu. Janna, 25, atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata, tiada sebab untuk dia berkahwin secara senyap kerana dia bukan bercinta dengan suami orang.

Terkini, Dini berkongsi cerita kepada BH Online bahawa Janna sudah beberapa kali menemui ibunya dan sudah tentu dia mengharapkan hubungan serius hingga ke peringkat perkahwinan.

"Sudah tentu dalam hubungan serius, kami merancang untuk ke peringkat perkahwinan. Bagaimanapun, apa yang boleh dikatakan, hubungan masih pada peringkat awal dan hanya mampu merancang.

"Sekiranya semuanya ditetapkan, pasti saya akan berkongsi berita gembira ini. Janna juga sudah beberapa kali menemui ibu saya," katanya kepada BH Online.

Mengulas dakwaan kahwin lari, bekas graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Universiti of British Columbia, Kanada itu berkata, dia dan Janna tidak terkesan dakwaan kahwin lari di selatan Thailand apabila maklumat pernikahan termasuklah nama penuh dan nombor kad pengenalan didedahkan, malah lebih selesa mengambil langkah mendiamkan diri.

"Jika ditanya mengenai reaksi saya, saya tidak ada sebarang reaksi. Kami belum berkahwin seperti yang didakwa.

"Kekecohan ini berlaku pada malam pertama Ramadan. Saya terkejut dan tak menyangka ada orang yang ingin membuka buku amalan pada bulan mulia dengan melakukan fitnah," katanya.

Jadi, tuan empunya badan pun sudah jelaskan bahawa dakwaan itu hanya fitnah. Harap jelas dengan penjelasan itu dan sama-sama kita doakan semoga hubungan mereka berdua hingga ke jinjang pelamin. CARI
3

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuno 11-5-2020 05:57 AM
Belum kawin pulak..dah macam citer tamil dey
Quote makita 11-5-2020 06:54 AM
Apa maksud bekas graduan ha?
Quote slyfynx 11-5-2020 07:02 AM
Yawn... Next
Quote fadz84 11-5-2020 07:07 AM
makita replied at 11-5-2020 06:54 AM
Apa maksud bekas graduan ha?

Graduan je kan kalu alumni.. haha.. wartawan cari yg tulis. What do you expect.. haha..
Quote fadz84 11-5-2020 07:08 AM
Ambil masa berminggu jgk nk deny ye.. agak suspicious di situ..
Quote cicicumel 11-5-2020 07:09 AM
so konpem la belum kawin. klu dh kawin mmg jatuh talak lah sbb laki dh nafikan
Quote KIM.K 11-5-2020 07:10 AM
Tak sangka janna sudi menghalalkan bbnu
Dini mesti bagus karakternya sampai janna yang muda berharta sanggup  kawin muda
Quote airmineral 11-5-2020 07:16 AM
apesal aku rasa janna nick ni jenis poyo dan bingit dan merimaskan?
Quote Aunty_Acid 11-5-2020 07:43 AM
airmineral replied at 10-5-2020 11:16 PM
apesal aku rasa janna nick ni jenis poyo dan bingit dan merimaskan?

Lagi 1 nmpk mcm dia ni kaki buli kan
Quote Tinot7 11-5-2020 07:46 AM
Semoga dipermudahkan urusan. Keluarga dini camne? Kayer rayer ke?
Quote Nes3in1 11-5-2020 08:35 AM
Sama cantik, sama padan. Moga bertemu jodoh.
Quote Nes3in1 11-5-2020 08:38 AM
Janna ni mcm ada iras2 BCL.
Quote limaubali007 11-5-2020 08:48 AM
Kalau serious.. Kawennnnn... Jangan tunggu lama lama..
Quote Awanku 11-5-2020 08:54 AM
Ntah2 family punn tak tahu dorang dh nikah sb tuu nafikan
Quote Awanku 11-5-2020 08:56 AM
airmineral replied at 11-5-2020 07:16 AM
apesal aku rasa janna nick ni jenis poyo dan bingit dan merimaskan?

Aah, sb tuu apa2 drama dia malas nak tengok... bingit
Quote Lailerthee 11-5-2020 09:17 AM
So surat nikah tu?
Quote Kurex 11-5-2020 09:24 AM
Awanku replied at 11-5-2020 08:56 AM
Aah, sb tuu apa2 drama dia malas nak tengok... bingit

Dia jadi pengacara lagi bingit!
Quote Kurex 11-5-2020 09:25 AM
Tak minat... Btw, semoga dini akan cepat2 tau yg janna ni adalah sejenis nippon dan dini akan terkumpa kurex
Quote beta_carotene 11-5-2020 09:42 AM
nasib baik muka hensem, kalo x mesti kena hencap jalan rapat2 melekap badan cmtu
since ensem, netizen bagi pengampunan khas

pusyed jalankan tugas anda

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.194315 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top