CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diana Rafar Hamil 5 Bulan, Rezeki PKP Zamarul Ada Di Rumah

12-5-2020 10:08 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 20245| Komen: 114|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Pelakon, Diana Rafar berkongsi kegembiraanya yang hamil anak ketiga dengan usia kandungan mencecah lima bulan.


"Saya ingat cukup setakat dua saja, tapi tiba-tiba awal tahun 'sangkut' pula."

Pelakon, Diana Rafar berkongsi kegembiraanya yang hamil anak ketiga dengan usia kandungan mencecah lima bulan. 


Diana, 38, atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar berkata, kesihatannya tidak menentu selain mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan.


Mujurlah suaminya, Zamarul Hisham turut membantu sepanjang tempoh kehamilan terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. 


"Terima kasih PKP. Saya bersyukur dalam keadaan begini Allah bagi masa yang cukup untuk suami ada bersama dan boleh jaga saya selama beberapa bulan ini."


Kredit Foto : IG


Berkongsi kepada Harian Metro, Diana menjelaskan kesihatannya agak terganggu dari awal kehamilan sehinggalah sekarang. Banyak alahan dialami dan dia mampu berdoa sahaja. Namun, kehadiran suami menjadi penguatnya menghadapi alahan itu.


"Alhamdulillah, rezeki yang Allah bagi ini memang tak terduga. Malah, saya juga tak boleh pakai mekap dan bersiap. Memang akan 'mabuk' dan pusing mata sampai rasa nafas tak cukup. Banyak kali cuba, tapi masih sama. Sekarang ini sudah okey sikit. Kadang, mekap separuh jalan saya terus cuci dan baring."


Kredit Foto : IG

Diana turut mengucapkan terima kasih kepada ramai pihak yang mendoakan dia dan bayi dalam kandungan sihat dan selamat. Dalam masa sama, dia yang dijangka bersalin pada September depan mengakui tidak kisah mengenai jantina bayi yang bakal dilahirkan.


"Saya tidak kisah anak lelaki atau perempuan. Sebab Allah sudah kurniakan sepasang buat kami. Cuma, mereka bergaduh, seorang nak adik lelaki dan seorang lagi perempuan."


Kredit Foto : IG


Diana dan Zamarul yang berkahwin pada 16 Mei 2009 dikurniakan dua cahaya mata, Kashfi Haiqal, 10, dan Kayla Reysha, dua tahun. Kami di CARI mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan semoga semuanya baik-baik sahaja. - CARI

5

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 12-5-2020 10:16 AM
Zamarullll suka tgk dia. Handsome handsome. Tringt dia belakon dadah dgn saerah dalam iklan dlam mrt. Sian dia. Mati dalm iklan tu.
Quote RatuDunia94 12-5-2020 10:29 AM
Diana ni muda lagi sbb beza umur sheols dgn laki sheols 11 tahun..
Quote somaki 12-5-2020 10:32 AM
bluebutter replied at 12-5-2020 10:16 AM
Zamarullll suka tgk dia. Handsome handsome. Tringt dia belakon dadah dgn saerah dalam iklan dlam mrt ...

Lucu kesian dia mati dalam iklan tu
Quote beta_carotene 12-5-2020 10:33 AM
RatuDunia94 replied at 12-5-2020 09:29 AM
Diana ni muda lagi sbb beza umur sheols dgn laki sheols 11 tahun..

zamarul pernah kahwin ke sebelum dgn Diana ni? ke kahwin bujang sama bujang?
Quote beta_carotene 12-5-2020 10:34 AM
bluebutter replied at 12-5-2020 09:16 AM
Zamarullll suka tgk dia. Handsome handsome. Tringt dia belakon dadah dgn saerah dalam iklan dlam mrt ...

lakonan basyirah sebagai bini zamarul sgt berkesan ye
Quote newyork 12-5-2020 10:42 AM
Zamarul ni lelaki melayu kacak juga tgk..tadakla iras2 bangla ke apa.
Quote mimi77 12-5-2020 10:53 AM
beta_carotene replied at 12-5-2020 10:33 AM
zamarul pernah kahwin ke sebelum dgn Diana ni? ke kahwin bujang sama bujang?

ye...dia duda anak 1 klau x silap
Quote pinklepie 12-5-2020 11:24 AM
Tahniah...
Quote miss_strangers 12-5-2020 11:26 AM
Zamarul manis .lesung pipit tersembul Kat 2 pipi.
Quote annadonna 12-5-2020 11:42 AM
Zamarul mxmcm faizal hussien. Aktor sepanjang zaman. Cuma zamarul kalahnya tak ke filem sangat. Tapi dua dua jantan. Sedaplah wife heolssa
Quote Nana_Man 12-5-2020 11:57 AM
mimi77 replied at 12-5-2020 10:53 AM
ye...dia duda anak 1 klau x silap

Aah... dah besar pun anak dia yg dari marriage dulu
Quote MadameOnion 12-5-2020 11:59 AM
Tahniah diana and zamarul
Quote minah_selekeh 12-5-2020 12:10 PM
Elok la time PKP ni ada husband boleh tolong jaga kat rumah..
Quote jjzzz 12-5-2020 12:14 PM
beta_carotene replied at 12-5-2020 10:33 AM
zamarul pernah kahwin ke sebelum dgn Diana ni? ke kahwin bujang sama bujang?

pnh chuolls..ank dia 2 org dgn ex wife..
Quote pavlovachoc 12-5-2020 12:16 PM
Walaupun zamarul dh tua tp ttp hensem ..i like
Quote bedahmenjuyah 12-5-2020 12:21 PM
Motip semua memuja muji zamarul. Takde sapa cerita pasal diana
Quote bedahmenjuyah 12-5-2020 12:23 PM
Iols pernah la terserempak zamarul tgh shooting kat melawati sana. Tebal bedak dia pakai muka kendo tp rendah je. Utk tak ot tahniah Diana
Quote haruslah 12-5-2020 12:38 PM
zamarul ni mmg i minat dr mula dulu
lesung pipit tu....

igt lg drama dia around 90's
jadi buruh binan kat tv2 drama malam2
Quote mawar_mustika 12-5-2020 12:48 PM
haruslah replied at 12-5-2020 12:38 PM
zamarul ni mmg i minat dr mula dulu
lesung pipit tu....

yg dia bwk watak nama ibrahim tu ke
sejak die bwk watak ibrahim tulah i ske tgk die blakon huhuhu..sampai ke sudah klu nmpk die mesti sebut ibrahim


Lihat semua komen(114)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.084111 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top