Masih ingat waktu kecil, ketawa sampai nak pecah perut. Itulah pertama kali penulis melihat air mineral di pasaran. Pelik! Sempat lagi kena pelangkung kepala dengan bapa. Kata bapa, membazir sahaja membeli air kosong. Ramai yang berpendapat semua jenama air kosong dalam botol memiliki rasa yang sama. Namun, terdapat juga yang mengetahui setiap air memiliki kualiti dan rasa berbeza. Mungkin anda salah seorang daripadanya. Air bukan sekadar air. Rasa air dari kawasan pergunungan Switzerland yang dingin tidak akan sama dengan air paip di rumah.
Tidak hairanlah kalau kini air kosong mampu mencapai tahap barangan mewah! Air mewah ini juga mempunyai pakar mereka tersendiri yang digelar water sommelier. Mereka adalah pakar dalam pelbagai proses penapisan air dan mengetahui pasangan makanan atau hidangan terbaik bagi jenis air tertentu. Menurut FinancesOnline, sempena tahun 2020, Beverly Hills 9OH2O Luxury Collection, Diamond Edition telah memegang rekod sebagai jenama air mineral paling mahal. Mungkin ada yang terbeliak biji mata setelah mengetahui harga sebotol saja mencecah ASD100,000 (RM429,750). Kajian dari firma perunding Zenith Global menunjukkan bahawa pasaran untuk jenama air mewah tumbuh sembilan peratus setiap tahun dan ketika ini, ia bernilai ASD147 bilion. Jenama ini pernah dipilih oleh wanita pertama Negara Amerika Syarikat ketika itu, Michelle Obama untuk bekerjasama dalam inisiatif Minum Nasional bagi mempromosikan gaya hidup sihat melalui minum lebih banyak air. Selain dianugerahkan sebagai Air Terbaik di Dunia oleh FoodBev Media, Beverly Hills 9OH2O Luxury Collection, Diamond Edition merupakan pemenang anugerah Beverly Hills Chamber of Commerce untuk inovasi. Harganya mahal kerana sumbernya berasal dari pergunungan Sierra Nevada, pergunungan California. Ditambah pula mineral potasium dan kalsium untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap. Botolnya pula telah direka oleh tukang permata Mario Padilla, dilengkapi dengan penutup emas putih bertatahkan emas 14 karat yang terdiri daripada lebih 250 berlian hitam dan berlian putih 600 G/VS. Fuh! Boleh menggigil seluruh tubuh nak keluarkan duit untuk membeli sebotol air mewah ini. Tapi, tepuk dada tanya selera. Jika mampu, apa salahnya mencuba. Ada berani? - CARI
|
matchstick replied at 3-5-2020 11:54 AM
Harga botol yg Mahal..harga air nye saje x dinyatakan pulak bpa dollar per litre. Beli air mahal2 ka ...
nafham replied at 3-5-2020 03:34 PM
Dulu iols pun rasa semua air jernih ni sama je rasa. Tp skrg iols lbh gemarkan air bawah tanah uma i ...
ADVERTISEMENT