CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Buat Salah" - Fikry Ibrahim Mengaku Diarah U-Turn Di Roadblock

27-4-2020 12:48 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7326| Komen: 23|Original author: Oleh: LilRose

Masih ingat dengan video lelaki yang dikatakan mirip pelakon Fikry Ibrahim yang diarahkan membuat pusingan U dalam satu sekatan jalan raya, baru-baru ini?




Akhirnya selepas lama berdiam diri, Fikry tampil memberi penjelasan kepada mStar Online.


Kredit foto: IG


Mengaku lelaki itu dirinya, Fikry bagaimanapun meegaskan dia tidak melakukan sebarang kesalahan, jauh sekali melanggar peraturan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Takkan saya saja-saja nak keluar dan membahayakan kesihatan mak saya yang sudah berusia 70 tahun. Saya rasa tak buat salah pun sebab saya masih dalam radius 10 kilometer.

"Saya seorang diri, keluar membeli barang sahaja. Kalau betul salah, kenapa masa perjalanan saya nak beli barang lalu roadblock yang sama tidak ditahan.

"Tapi, masa saya nak pulang ke rumah saja ada masalah. Saya faham tugas polis dan sebagai rakyat Malaysia, saya ikut arahan dengan buat u-turn.

"Kalau tengok video itu, ada batu api. Orang yang rakamkan, etika itu dekat mana? Siap kata tak lepas kena u-turn, manipulate benda macam itu," katanya.


Kredit foto: IG

Fikry kemudian memaklumkan dia tidak makan hati terhadap warganet yang mengecam tindakannya ketika itu.

"Saya tak marah pun sebab faham pada ketika itu, orang tengah stres dekat rumah. Cuma saya terkejut ada budak kecil mesej di Instagram maki saya," ujarnya.


Kredit foto: mStar/IG

Jelasnya, dia sengaja tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden itu kerana enggan mengeruhkan keadaan. Tegasnya, semua yang berlaku hanya salah faham. - CARI
6

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 27-4-2020 01:25 PM
Tak makan hati tp komen agak panjang jg.
Quote Themilo 27-4-2020 01:31 PM
tak baik la netizen maki hamun heols.. dia gi NSK je kot.. petang ni nak gi NSK la, untung-untung boleh jumpa heols.. cc @Kurex
Quote beatgirlX 27-4-2020 01:36 PM
Nasib baik dia ngaku...kira dia stay ngan mak dia la ni...baguih naaa...
Quote caca_eric 27-4-2020 02:03 PM
slyfynx replied at 27-4-2020 01:25 PM
Tak makan hati tp komen agak panjang jg.

Mau tak bengang bila kena maki dgn benda yg tak patut dimaki
Dia keluar beli barang. Sorg diri. Dlm radius 10km. Tak salah pun..
Quote ashilalat 27-4-2020 02:05 PM
Part budak kecik mesej dan maki tu kedengaran sangat hasanah untuk dijadikan penambah perisa masakan.
Quote aint 27-4-2020 02:10 PM
kalo tgk video tu, mmg dia tak buat salah.

Dia diarah u-turn dan dia ikot arahan tu...

cuma kelakar la sbb kena tempik dgn polis suh u-turn...

Quote bakingsoda 27-4-2020 02:15 PM
cite la sampai abes, lepas uturn mcmn kau balik rumah lepas tu?
Quote mieymiey 27-4-2020 02:15 PM
Keluar seorang beli barang dalam radius 10km memang takder salahnya pun, tu hah anak VVVVVVIP tu yang terang-terangan salah.
Quote dudaberhias 27-4-2020 02:16 PM
lepas tengok balik video tu....
berani betul polis tu marah dia...
dia taktau ke tu retis?
retis kan banyak jasa menghiburkan kita....
sebabtu kena buat bantuan khas untuk retis...

netizen pun berani betul kecam orang tu... taktau ke orang tu retis?
Quote Kurex 27-4-2020 02:18 PM
Themilo replied at 27-4-2020 01:31 PM
tak baik la netizen maki hamun heols.. dia gi NSK je kot.. petang ni nak gi NSK la, untung-untung bo ...

Iols tak boleh pergi nsk, sebab malas nak mengahadap roadblock
Quote nefnefnef 27-4-2020 02:25 PM
Kes ni dah lama sungguh baru dia respon. Patutnya diam je. Netz pun lupa nanti
Quote Tinot7 27-4-2020 02:33 PM
mana SS budak kecik yg maki tu?
Quote nmi 27-4-2020 02:34 PM
Haha suara dier mmg tak boleh lari..sekali dengar dah tau Tue dier. ..
Quote kiah_mai_pulak 27-4-2020 02:40 PM
benda dh lama, y baru nk meroyan?
Quote YomiuriLandMae 27-4-2020 03:12 PM
haha akhirnya mengaku jugak.. end up reporter tu kena blame.. agaknya sbb on camera kot sbb tu polis tu pun mcm terpaksa tegas..
Quote antoofighter 27-4-2020 03:23 PM
kes dia ni masa awal-awal pkp fasa 1 jadi citer ni jdi hot la tapi kira ok la sebab dia kuar ada sebab cuma tak bwk apa bukti yang dia tu tinggal area situ..cuma kes sekarang ni yg melibatkan VIP takkan pihak berkuasa belum abis buat siasatan lagi..Janganlah double standard!!!
Quote uori 27-4-2020 05:33 PM
dah lama kan, iols pun dh lupa
Quote annadonna 27-4-2020 06:11 PM
Memang tak makan hati tapi sakitlah hati diprovok provok. Kampungan dot com aje yg suka besar besarkan hal kecik macam ni. Netizen dok ceruk tok kun aje hadap nak memanjang manjangkan isu kecik. No class.
Quote RatuDunia94 27-4-2020 09:53 PM
Amboi siap keluarkan segala fakta etika kewartawanan.. mentang2 heols graduate mass com.. cuba kalau heols yg melanggar etika tu.. diam x berkutik..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.104196 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top