CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gigih Betul - Netizen Terhibur Gelagat Pelajar Tumbuk Bawang Semasa Kelas Online

24-4-2020 12:30 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 5329| Komen: 10


Gara-gara menumbuk bawang ketika sedang mengikuti kelas bahasa Inggeris secara dalam talian, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi perhatian di laman sosi@l.

Gelagat Nurul Amira Azhari, 22, disedari rakan-rakan sekelasnya yang kemudiannya tertawa melihat tindakan tersebut sebelum menularkannya di laman sosi@l.


"Dengan mikrofon dan kamera tak padam boleh pula Amira menumbuk bawang waktu kelas online. Mati saya weh," ciap Kingdaeneryz di Twitter.


Memetik laporan ProjekMM, Amira menjelaskan situasi itu berlaku tanpa disedarinya kerana menghadapi masalah capaian internet.

Maka, beliau bersedia lebih awal dalam talian sambil menyediakan hidangan buat ibunya yang akan pulang kerja sekitar jam 10.30 pagi sebelum kelas bermula.

Kredit foto: Twitter Mira

"Keadaan internet di rumah saya tidak stabil menyebabkan saya mengalami kesukaran ketika sesi pembelajaran atas talian sedang bermula.

Lalu, saya mengambil kesempatan itu untuk melakukan kerja memasak sementara menunggu untuk masuk ke dalam video pembelajaran, seperti menumbuk bawang.

Sedang saya melakukan kerja, saya tidak perasan kelas sudah bermula,"katanya.

Tindakan Amira disedari oleh pensyarah  apabila beliau terdengar bunyi tumbukan batu lesung. Rupa-rupanya Amira sedang menumbuk bawang tanpa menyedari kelas sudah bermula dan menjadi perhatian semua orang.


Walau bagaimanapun, pensyarah mereka turut terhibur dan memahami keadaan pelajarnya.
Kredit foto: Twitter Kingdaeneryz

Beginilah asam garam belajar di kelas maya. Normal yang baharu.- CARI 


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
8

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 24-4-2020 01:16 PM
Haha iols time kerja dari rumah pun lebih kurang la..
Quote luluaurora 24-4-2020 01:31 PM
hahahahaha
pengalaman semua ni..
mujur lect memahami...
Quote Artemesiaa 24-4-2020 03:06 PM
Ramai yang jadi macam ni sepanjang pkp dan wfh berlangsung
Quote Mamidingdong 24-4-2020 11:08 PM
elok la tu...tanda dia seorang anak yg baik & rajin
Quote munchkin 25-4-2020 06:38 PM
Ahahgaa. U are a good daughter
Quote munchkin 25-4-2020 06:38 PM
Ahahgaa. U are a good daughter
Quote esbok 26-4-2020 08:21 AM
Ya la ni wfh. Haku pun paranoid. Laptop make sure tutup betui. Handphone, camera depan belakang aku dok risau.
Quote talapia 26-4-2020 02:37 PM
hahaha.. klako je.. tapi memang pon kan.. time2 PKP ni smua work from home.. kadang tak perasan weh.. aritu anak aku google meet ada class. First time.. manela reti.. dok godek2 mane nak tekan.. mujurla camera hala ke lain.. tak memasal nampak mak2 kat umah tak bertudung. haha..

aku awal2 decline office nak VC.. aku kata wasap je.. aku rela menaip berjela2.. call pon xpe.. no VC please..
Quote beatgirlX 27-4-2020 12:12 AM
Nasib sempt bertudung...hahaha
Alhamdulillah...untung maknya ada anak camni
Quote hasniey 27-4-2020 05:05 PM
Kdg2 mmg xperasan lg yg jenis internet mcm siput
Ai aritu xpasan on camera.nasib la cuma nmpk dahi.skrg kalau dh off camera pon ai still tutup dgn apa2
Yela kita ni bukan brtudung 24jam kan.risau jgk

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.046833 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top