Melaka hari ini membenarkan semula majlis akad nikah yang sebelum ini ditangguhkan bagi mengekang penularan Covid-19. Menurut Bernama, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bagaimanapun dalam satu kenyataan berkata, majlis berkenaan perlulah mengikut garis panduan yang disediakan jabatan itu yang berkuat kuasa hari ini sehingga tiga bulan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.
“JAIM ingin menegaskan keutamaan bernikah hanya diberi kepada pemohon yang mendapat Kebenaran Berkahwin (Borang 4) dan Catatan Daftar Perkahwinan (Borang 5) daripada Pejabat Agama Islam Daerah di negeri Melaka sebelum PKP bermula. “Pasangan yang mempunyai alasan yang munasabah dan mendesak serta diberi kebenaran khas oleh pihak JAIM,” menurut kenyataan itu. Terdahulu, JAIM pada 22 Mac mengumumkan majlis akad nikah bermula pada tarikh tersebut hendaklah ditangguhkan hingga 31 Mac atau tarikh lanjutan PKP bagi mengelak risiko penularan wabak maut itu. Tambah kenyataan itu lagi, kebenaran majlis akad nikah dalam tempoh PKP dan tiga bulan selepas ia tamat merupakan langkah mencegah perkara yang boleh membawa kerosakan dan keburukan. Bagaimanapun, antara garis panduan untuk mengadakan majlis adalah ia perlu diadakan pada tarikh, hari serta waktu ditetapkan JAIM dan diadakan di premis dibenarkan seperti Pejabat Agama Islam Daerah. Manakala, hanya Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Kanan atau jurunikah ditetapkan; pengantin lelaki dan perempuan; dua saksi pegawai JAIM; seorang wakil pengantin lelaki dan seorang wakil pengantin perempuan dibenarkan hadir ke majlis. Selain itu, majlis hendaklah diadakan dalam tempoh 20 minit saja termasuk bacaan taklik dan khutbah nikah. - CARI
|
nefnefnef replied at 22-4-2020 07:55 PM
“Pasangan yang mempunyai alasan yang munasabah dan mendesak serta diberi kebenaran khas oleh pihak ...
pellegrinos replied at 22-4-2020 08:16 PM
hmmm kriteria ada ruang utk suapan..
.bila agama itu sendiri sengaja diperberatkan oleh pihak ...
lattehazelnut replied at 22-4-2020 07:47 PM
Orang lain pening kepala fikir pasal duit korg gatal bijik.. ntah2 lepas pkp cerai sbb xmampu nak ta ...
nefnefnef replied at 22-4-2020 08:22 PM
Uols nanti nikah kat Melaka ke grose?
Covid19 replied at 22-4-2020 08:25 PM
Kat thread kahwin online tu ramai komen kata best kahwin masa covid..jimat duit tapi i pula rasa sed ...
pellegrinos replied at 22-4-2020 08:27 PM
Tinot7 nak Maldives....but aku prefer Capri Island...
tengok la macam mana nanti
Covid19 replied at 22-4-2020 08:25 PM
Kat thread kahwin online tu ramai komen kata best kahwin masa covid..jimat duit tapi i pula rasa sed ...
Serimolek replied at 22-4-2020 08:21 PM
Lepas nikah balik terus cret
nefnefnef replied at 22-4-2020 08:34 PM
Hahaha okeh lemme be the first to wish you both barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a ...
pellegrinos replied at 22-4-2020 08:22 PM
org yg nak bina masjid dapat doa buruk seumpama ini dari kau?
nauzubillah...
pellegrinos replied at 22-4-2020 08:31 PM
new normal, norma baru...kau tak faham faham ke?
Covid19 replied at 22-4-2020 09:47 PM
Taknak faham!
lattehazelnut replied at 22-4-2020 09:40 PM
Ikut la gross..
kalau betul nak jimat duit time lain bole je buat kecik2..
Brp banyak majlis ka ...
ADVERTISEMENT