Harga hartanah di negara ini pasca Covid-19 dijangka menyusut, sekali gus memberi kelebihan kepada pelabur hartanah dan individu yang ingin memiliki rumah pertama. Menurut Bernama, Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata, pemaju perumahan juga dijangka bukan sahaja menurunkan harga, malah berkemungkinan menawarkan lebih pakej nilai tambah terhadap unit hartanah berkenaan untuk menarik pembeli. "Pembiayaan juga dilihat lebih kondusif selepas Bank Negara Malaysia menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) baru-baru ini," katanya dalam persidangan maya 'Beli Hartanah Atau Tidak Pasca Covid-19?' anjuran PropertyGuru Malaysia, baru-baru ini. Begitupun, Fernandez menjelaskan berdasarkan pengalaman krisis kewangan Asia pada tahun 1997/98, kediaman jenis bertingkat dan rumah teres adalah kategori hartanah yang lebih berdaya tahan berbanding lain. Pada masa sama, beliau juga tidak menolak kemungkinan senario melibatkan hartanah jenis bertingkat dan rumah bakal berubah kerana situasi pandemik Covid-19 adalah di luar jangkaan dan tidak pernah dialami sebelum ini. "Apapun, saya ingin menasihatkan bakal pembeli bahawa usaha memiliki hartanah memerlukan pelaburan dan komitmen jangka panjang. "Walaupun kerajaan telah mengumumkan langkah membantu rakyat seperti moratorium yang membolehkan pembiayaan bank distruktur semula dan ditangguhkan selama enam bulan, ia masih tidak memadai kepada mereka yang mencari penyelesaian jangka pendek," katanya. - CARI
|
sitisitu25 replied at 20-4-2020 11:06 AM
Before mco meol dgn husband ada booking 1 umah kat sg buloh..br booking jela tp property tu br pre-l ...
CiliPadiSedap replied at 20-4-2020 11:34 AM
beli sebelum vaksin release, ada dua situation :
> recession ramai kena buang kerja harga rumah ...
sitisitu25 replied at 20-4-2020 12:05 PM
Mco 3bln je kot msia ni smpi abis raya..tp kalau negara luar msuk sekali boleh jd la ada mco smpi ...
CiliPadiSedap replied at 20-4-2020 12:44 PM
when market sell, we buy, when market buy we sell.
tapi biasanya teori power realiti sak ...
little_sis replied at 20-4-2020 12:47 PM
nak beli, tgh kumpul deposit sementara mco ni boleh save duit byk.. tambah2 posa dan raya thn ni sgt ...
sitisitu25 replied at 20-4-2020 01:10 PM
Smbil kumpul duit setelkan jugak htg sedia ada smpi minimal..guna kaedah snowball (setelkan dr yg ...
poison_paradise replied at 20-4-2020 01:40 PM
Tunggu harga turun 30-40%...
Kalo stil nk jual mahal2 biar je mereput jd ghost town
yuki812 replied at 20-4-2020 12:52 PM
good for sapa yang ada cash on hand..
try beli umah subsale..
boleh tawar menawar sampai owner ter ...
makiting replied at 20-4-2020 02:56 PM
Agak2 bila kita blh grab utk beli yea? Maaf akak ni naif sikit part2 ni ..
Tinot7 replied at 20-4-2020 10:50 AM
Turun baper byk ni?
sitisitu25 replied at 20-4-2020 11:06 AM
Before mco meol dgn husband ada booking 1 umah kat sg buloh..br booking jela tp property tu br pre-l ...
ADVERTISEMENT