Semakin hari, semakin bertambah bilangan kes positif COVID-19 di Malaysia. Disebabkan penularan wabak ini secara meluas, orang ramai kian panik kerana risaukan hari yang mendatang. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengingatkan semua orang supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti kerap mencuci tangan, memakai topeng muka dan menjaga jarak dengan orang sekeliling ketika berada di luar.
Antara salah satu lagi langkah pencegahan yang perlu diambil ialah tidak berhimpun beramai-ramai tanpa sebab kukuh. Walau bagaimanapun, masih ramai berdegil dan telah berhimpun di beberapa tempat seperti di majlis tabligh, perayaan agama dan acara sukan. Terbaru, pelakon Noorkhiriah telah memuat naik satu entri di laman Instagram, di mana dia menyeru pengikutnya supaya menyertai satu program usrah di Surau Al-Ikhlas yang terletak di Palm Spring, Damansara.
Disebabkan oleh arahan KKM yang meminta orang ramai supaya tidak berkumpul di satu-satu tempat, seorang pengikut telah menegur tindakan pelakon itu. Namun, menambahkan marah netizen apabila dia tidak mengendahkannya, malah membalas dengan kenyataan, "Allah ada". Rata-rata netizen meluakan rasa kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab Noorkhiriah kerana seperti tidak peka dengan masalah COVID-19 yang tidak boleh dibuat main. Memang Allah ada, tetapi Allah juga suruh kita menjaga kesihatan. Tolonglah jangan berdegil. Untuk kebaikan semua juga! - CARI
|
biozipstar replied at 17-3-2020 09:43 AM
*[MOVEMENT CONTROL ORDER/
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN]*
Boomibulat replied at 17-3-2020 09:54 AM
Pelakon Noorkhiriah memohon maaf kepada warganet selepas dihemtam teruk kerana mempromosikan dan men ...
biozipstar replied at 17-3-2020 09:43 AM
*[MOVEMENT CONTROL ORDER/
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN]*
ADVERTISEMENT