CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Topeng Untuk Yang Sakit Saja, Guna Cecair Pembasmi Kuman Bila Tiada Air

16-3-2020 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2921| Komen: 15

Description: Pakar Penyakit Berjangkit, Datuk Dr Christopher Lee menyarankan agar bekalan topeng penutup hidung dan mulut diperuntukkan kepada pekerja kesihatan.
Pakar Penyakit Berjangkit, Datuk Dr Christopher Lee menyarankan agar bekalan topeng penutup hidung dan mulut diperuntukkan kepada pekerja kesihatan.

Memetik Berita Harian, beliau berkata individu sihat tidak perlu memakai alat perlindungan itu di tempat awam, sebaliknya hanya digunakan jika sakit atau menjaga ahli keluarga yang tidak sihat.



Gambar hiasan/Kredit foto: AWANI

"Bagi mereka yang sihat, cuba jarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter atau hindari tempat yang ramai orang,” katanya.

Pembelian panik menyebabkan bekalan topeng muka di beberapa buah farmasi di Lembah Klang kehabisan stok.

Selain cecair pembasmi kuman, membasuh tangan menggunakan air dan sabun adalah lebih baik.

Dr Christopher juga menasihati semua orang agar mengehadkan perbuatan menyentuh muka terutama mata, hidung dan mulut dengan tangan tidak bersih.


Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid memaklumkan kabinet pada Rabu ini akan membincangkan isu kekurangan bekalan topeng muka di pasaran seluruh negara.

Tambahnya, pemeriksaan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga tidak mendapati sebarang aktiviti menyorok topeng untuk menaikkan harga. - CARI
3

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 16-3-2020 12:17 PM
office mate daku time daku basuh tangan boleh membahan (sebab ikot aturan basuh tangan).. tak taste dengan perangai orang melayu yang suka membahan.. suka negatif..  
Quote chicozinn 16-3-2020 12:20 PM
bagus la covid ni boleh dicegah dengan membasuh tangan guna sabun..jimat sikit
Quote umbut 16-3-2020 12:36 PM
Face mask kena pki juga bagi org yg selalu nak terkorek hidung
Quote munchkin 16-3-2020 01:20 PM
Kenapa upload gambar pakai mask cara yg salah???

Quote munchkin 16-3-2020 01:21 PM
Dlm gambar tu baik tak payah pakai mask. Ada ruang kosong di kiri dan kanan pipi.
Quote munchkin 16-3-2020 01:22 PM
Ko pun tak faham ke? Pernah berjalan keluar tengok manusia. Tengok gelagat manusia.

Yg tak sihat tu yg tak pakai mask. Batuk bersin sesuka hati. Hanis tu yg sihat nak biar je ke?
Quote najib888 16-3-2020 01:30 PM
munchkin replied at 16-3-2020 01:22 PM
Ko pun tak faham ke? Pernah berjalan keluar tengok manusia. Tengok gelagat manusia.

Yg tak sihat ...

jadi pakai mask boleh terhindar virus yg terkena pakaian/area lain2 ke caner?
betul la tu, kene cuci tangan kerap..elak tmpt crowded
Quote JohnnyCastle 16-3-2020 01:35 PM
munchkin replied at 16-3-2020 01:20 PM
Kenapa upload gambar pakai mask cara yg salah???

sebab bila ada oghang ajak cagha yang betui ada ahcai2 bowdow komplen....semua benda depa nak kaitkan dengan politik...lagi satu kalau betui2 takut jatuh kategori berpurdah...lalu virus ini akan dikatakan sebagai jarum2 haluih pengganaih berserban dari tanah arab untuk memaksa bukan Islam berpurdah.....wakakakakakakakakakakaka
Quote Oroi8887 16-3-2020 01:39 PM
Dah yg tak sihat tu degil taknak pakai mask, batuk sana sini. selfish!! Nak buat mcmana. Yg sihat ni la kena pakai mask jugak!
Quote munchkin 16-3-2020 01:40 PM
najib888 replied at 16-3-2020 01:30 PM
jadi pakai mask boleh terhindar virus yg terkena pakaian/area lain2 ke caner?
betul la tu, kene  ...

prevention bro.

orang almost semua balik rumah duduk duduk atas sofa, ada baring 2 atas katil.

aku balik rumah, kaki cuci sebelum masuk rumah.

baju terus masuk dalam washing machine. terus mandi.

itu aku buat dari dulu. sebab kulit kami sensitif.

beg pun aku beli yg boleh cuci.

beg pun aku letak kat rak.

so apa lagi aku nak cerita


Quote munchkin 16-3-2020 01:49 PM
najib888 replied at 16-3-2020 01:30 PM
jadi pakai mask boleh terhindar virus yg terkena pakaian/area lain2 ke caner?
betul la tu, kene  ...

mask tu utk elak sentuh hidung mulut. utk covid ni lah. tapi ada je buat lapisan plastik paling luar tu.
Quote Gingerly 16-3-2020 02:01 PM
Yeah toksah selfish beli byk2 tamak sorg2. Esok rasa simptom bolehla upload ig jadi ninja. Yg slalu kuat sakit tolong jangan merayap persis tikus bendang. Angkut vitamin c cukup max imun, sihat paru2. Pernafasan segitiga. Mandi alkohol pasang pdinding buat Yasin fadilah bagi yg tak ready nk grad ke alam seterusnya dan tak dilupa juga kaknon bangnon teruskan usaha memfitnah di forum sambil kutip kacang kerana itu sifat umum pengamal ajaran menuju keamanan.
Quote husna_amal 16-3-2020 04:23 PM
Elakkan pergi ke tempat yang berisiko tinggi. Kadang2 terpaksa pakai mask ni sebab kita tak tahu sama ada orang sekeliling tu pembawa virus atau tidak.
Quote biozipstar 17-3-2020 09:51 AM
memang bengom melayu yg suka sgt cakap.. takut Allah ke takut virus.. padahal takut virus tanda kita takut kpd bala Allah....
lepastu cakap, mati itu pasti, bila2 boleh mati. lepastu 1% je sbb virus...
habistu tak payah elak ke mcm mana? redo je nak mati? gitu?? banyak amal sgt ke?
Quote meow_tompok 17-3-2020 09:57 AM
yee ke beberapa farmasi? semua kedai farmasi aku pergi dekat jauh manjang takde stok hand sanitizer dgn face mask. Nasib baik ada balance stok sikit masa jerebu tempoh hari. Beli online ada pulak stok

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.056696 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top