Kepanikan akibat Covid-19 mencetuskan api perkauman di kalangan segelintir masyarakat seluruh negara yang bimbang dijangkiti mereka yang berasal dari negara terjejas wabak berkenaan. Terbaru, seorang penuntut University College London warga Singapura cedera akibat dibelasah sekumpulan individu rasis.
Menurut METRO, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa membalas cacian mereka mengenai wabak itu ketika dia bersiar-siar di Oxford Street pada 24 Fabruari. Menerusi hantarannya di Facebook, Jonathan Mok, 23, berkata dia cuba mempertahankan dirinya selepas mendengar kata-kata mereka. Namun, seorang daripada suspek tidak puas hati sebelum menumbuk Jonathan. Orang awam di lokasi cuba meleraikan keadaan, namun tidak dihiraukan kumpulan terbabit. Jonathan cuba menjelaskan situasi sebenar dan berkata dia tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh menyebabkan dia dibelasah kumpulan berkenaan. Dia juga gagal membuat serangan balas selepas jarinya dikatakan patah.
"Kami tidak mahu koronavirus kamu dalam negara saya," kata salah seorang penyerang. Katanya, doktor memaklumkan bahawa dia mungkin perlu menjalani pembedahan kerana mengalami keretakan pada wajahnya. Difahamkan, kes itu kini dalam siasatan polis. - CARI
|
Kurex replied at 5-3-2020 02:46 PM
ni membuktikan lagi yg dunia pun ramai benci leluhur ni walau di mana mereka lahir...
dua_chzy replied at 5-3-2020 03:32 PM
Ko patut cek DNA ko Kurex. Dari rupa ko, akak ghasa ko hada darah Cina.
underground replied at 5-3-2020 11:46 PM
cina kiasu singapore, jenis tak boleh tegur atau provok.
perasan tough tapi time national service ...
ADVERTISEMENT