Hanya kerana dihidangkan makanan dihurung semut, lelaki tergamak menyimbah tubuh isterinya dengan air panas. Difahamkan, kejadian berlaku di rumahnya di Kecamatan Cibalong, minggu lalu.
Menurut Astro AWANI yang memetik vivanews, bertindak atas maklumat orang awam, polis menahan Hendar, 25, di Jalan Sudirman, Garut, Jawa Barat, semalam. Kejadian dikatakan berpunca apabila dia melihat sayur daun betik yang dihidang isterinya dihurung semut. Tidak puas menggunakan tangan, Hendar kemudian memukul isterinya dengan sandal dan sarung golok. Tidak cukup dengan itu, disiramnya pula mangsa dengan air panas.
Ketika disoal siasat, suspek mengaku membiarkan isterinya merintih kesakitan selepas disiram air panas, manakala dia hanya duduk santai di kerusi sambil minum kopi. Mangsa yang parah akibat melecur dilaporkan sedang menerima rawatan rapi di sebuah hospital di Cibalong. - CARI
|
ADVERTISEMENT