CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

'Kampung People' Dah Tamat! Ini Senarai Babak Kelakar Pasti Pecah Perut

10-1-2020 10:25 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 18002| Komen: 68|Original author: Oleh: Myeonir

Description: Hebat betul penangan drama komedi 'Kampung People! Bayangkan tepat sahaja pukul 9, semua penonton setia dah siap duduk bersila bagi memastikan tak terlepas menontotn hatta satu episod pun.
Hebat betul penangan drama komedi 'Kampung People! Bayangkan tepat sahaja pukul 9, semua penonton setia dah siap duduk bersila bagi memastikan tak terlepas menontotn hatta satu episod pun.

Tapi sayangnya, setiap permulaan pasti ada penamatnya. Kisah keluarga bandar yang terpaksa menyesuaikan diri tinggal di kampung kerana satu insiden tidak dijangka nyata berjaya mencuit hati penonton tempatan.


Kredit foto: Blog

Episod terkahir yang ditayangkan kelmarin (8 Januari) berjaya membuatkan drama itu trending di tempat pertama. Rata-rata penonton juga bersedih sebab tiada lagi 'Kampung People' untuk menceriakan hari-hari mereka.

Disebabkan tak habis lagi dengan demam 'Kampung People', satu bebenang di Twitter telah dihasilkan peminat setia drama ini. Beberapa sedutan pendek mengenai gelagat 'masuk air' keluarga Minah dan Abu ini telah dimuat naik bagi meredakan rindu penonton. Boleh juga tengok bila stres nanti!













Memang betullah semua mereka anak-beranak, daripada mak sehinggakan ke anak bongsu semua genetik kelakar sama!

Rata-rata penonton pun mengakui bahawa drama 'Kampung People' ini merupakan antara drama Melayu yang best sejak kebelakangan ini. Meluat asyik tengok pasangan kahwin bergaduh, ada skandal lain, drama komedi ini nyata memberikan nafas yang 'fresh' dalam arena drama tempatan.


Kredit foto: Twitter

Tolonglah buat musim kedua! - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
5

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 10-1-2020 11:44 AM
alalalala i miss kampung people already

ok repeat tgk.
Quote Rainrein 10-1-2020 12:12 PM
Anak i umur 8 tahun pun tengok sebab join neneknye tengok tv masa cuti sekolah hari tu. Siap cakap best lagi cite ni. First time dia tengok cite melayu.
Quote syadail 10-1-2020 12:12 PM
I tertinggal bab chendoll. Ada ke kt atas...
Quote mizruncing 10-1-2020 12:20 PM
kak lina pompom tak pernah mengecewakan blh jadi pelakon komedi terbaik
Quote bondeh 10-1-2020 12:44 PM
Part paling hanettt episode 13 masa ramai2 naik kereta kancil sambil nyanyi lagu perangg... memang hazabedah punya lawaks hahahahahahahah
Quote RatuDunia94 10-1-2020 12:44 PM
Kak Lina, Jasmin Hamid, Amyza Aznan, Liza Dollah antara pelakon wanita yg boleh carry watak komedi dgn baik sekali tanpa nampak trying so hard utk buat lawak.
Quote NekNgah 10-1-2020 12:46 PM
Lari dari tema yang sangat cliche.  Bolehlah tengok.
Quote mamapea 10-1-2020 12:50 PM
bnyk la part yg kelakar...tgk bnyk kali pun dok gelak jugak...
Quote armin 10-1-2020 01:01 PM
Tak pernah tgk full episode lg. Tapi kenapa pelakon2 dia suka buat muka macam lawak spastik? Tak kelakar pun rasa?
Quote i_is_kennot 10-1-2020 01:08 PM
Bye bye Jekferr.. See you soon...  
Quote Melur1 10-1-2020 01:21 PM
drama2 wan hasliza selalu berkisarkan tentang kehidupan berkeluarga.. keluarga iskandar, keluarga karaoke, kampung people
Quote Jennyrol 10-1-2020 01:23 PM
Suke part yg diorg zumba sbb yummy nk main futsal tu.. Masa ismail dtg nk tgk diorg zumba.. Abu beria2 ajak mail g minum sbb da x nk zumba dah haha
Quote bonggo 10-1-2020 02:00 PM
Personally iol rasa drama ni biasa je. Takde la lawak sgt just byk scene yg cringe je. Tp mungkin org dh boring dgn drama cinta cliche menyebabkan drama ni jadi satu genre yg different n fresh utk malaysian.
Quote JiEunTak 10-1-2020 02:46 PM
lawak depa effortless sangat...
dah tu si mona aka minah and laila aka rozi pun berlakon selamber badak dgn muka comot and x dak cover2 baekkk punyaa....
suka laa pelakon pompuan kalau berlakon x kontrol cun...
sudahnya nampak cun asli jaaa depa 2 nih... muka ploles sungguh....
adoi laaa menjadi sungguh kesengalan depa...
bagi aku scene paling aku berdekah masa mona abu bawa yummy pi beli baju skolah...
pastu terserempak ngan org kg nama apa tah... dia kata bini dia pun suka zumba...
menggedik2 si mona dgn mamat tu skali....wakakakaka...

Quote RumiMenari 10-1-2020 02:55 PM
Kampung People di manaaaa manaaa (style mona)
Quote Noraniza_Iblis 10-1-2020 03:02 PM
Rainrein replied at 10-1-2020 12:12 PM
Anak i umur 8 tahun pun tengok sebab join neneknye tengok tv masa cuti sekolah hari tu. Siap cakap b ...

anak uols kokosen ke??
tk tngok cite melayu?
koserrrrr
Quote Megikari 10-1-2020 03:08 PM
I tunggu sampai episod 12 baru i layan marathon kat youtube. Pastu menggelepar nak tunggu last episod rabu lepas hahaha. Part paling i suka ialah minah punya 'helloww' tu hah
Quote puteribaya 10-1-2020 03:53 PM
JiEunTak replied at 10-1-2020 02:46 PM
lawak depa effortless sangat...
dah tu si mona aka minah and laila aka rozi pun berlakon selamber b ...

i paling suka masa scene lailer kecoh sbb rupanya dia darah Bugis dan Jawa..real sangat dia stress..dan scene Yummy pekak..Minah bengang..siap hellowww I x pekak yerrr
Quote Chairman 10-1-2020 04:00 PM
yg paling legend scene cikgu cun yg dok igt yummy pekak...bengong tol

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.087992 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top