CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Kurang 200 Dari 3,000 Ekor, Selamatkan Harimau Malaya!

31-7-2019 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4333| Komen: 20|Original author: Kandungan Tajaan

Kredit foto: WWF Malaysia

Bersempena Hari Harimau Sedunia 2019, Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia melancarkan program Ikrar Harimau Malaya bagi memupuk kesedaran masyarakat dalam usaha pemuliharaan harimau Malaya yang berdepan ancaman kepupusan.

Program itu dilancarkan pada acara Larian Harimau Malaya 2019, Ahad lalu.


Dari kiri: Shahril Azuar Jimin, CEO Yayasan Maybank; peserta; Datuk Mohaiyani Shamsudin, Pengerusi Maybank dan Yayasan Maybank; Sophia Lim, WWF-Malaysia Pengarah Eksekutif/CEO WWF-Malaysia; Dr Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli; Datuk Zurinah Pawanteh


Menariknya, Maybank turut menyokong program itu dengan mengumpul lebih 43,000 pekerjanya untuk menandatangani ikrar tersebut.

Larian Harimau Malaya yang dianjurkan bersama WWF-Malaysia dan Maybank turut mendapat sokongan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebagai sebahagian daripada kempen 'Selamatkan Harimau Malaya Kita'.

Lebih 4,000 pelari menyertai larian yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya sempena Hari Harimau Sedunia bagi menzahirkan sokongan terhadap pemuliharaan harimau di negara ini. 


Dr Xavier Jayakumar

Acara itu turut dihadiri Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar dan Pengerusi Maybank dan Yayasan Maybank, Datuk Mohaiyani Shamsudin.

"Kami sangat terharu dengan sokongan ramai untuk acara Larian Harimau Malaya tahun ini, sekali gus membuktikan bahawa masih ramai prihatin terhadap masa depan harimau Malaya di Malaysia," kata Sophia Lim, Pengarah Eksekutif/CEO WWF-Malaysia.


Sophia Lim

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maybank, Shahril Azuar Jimin berkata, peranan korporat adalah komponen kritikal dalam usaha pemuliharaan untuk menyelamatkan harimau di Malaysia.

"Maybank percaya suara rakyat memainkan peranan penting dalam menyokong dan mempengaruhi proses membuat keputusan terutamanya dalam mengubah nasib harimau kita. 

"Sejajar dengan misi kami dalam perkhidmatan kewangan, Maybank menyokong Ikrar Harimau Malaya," katanya.

Pada 2016, Maybank melancarkan kerjasama dengan WWF-Malaysia untuk menyokong usaha pemuliharaan harimau di Kompleks Hutan Belum Temengor yang mula diperkenalkan pada 2007. 

Dari jumlah 3,000 pada akhir 1950-an, hari ini bilangan harimau di negara kita semakin menyusut iaitu tidak sampai 200 ekor.

Situasi genting ini menggesa WWF-Malaysia untuk mewujudkan Ikrar Harimau Malaya yang bertujuan meraih sokongan sejuta rakyat pada Hari Harimau Sedunia pada 2020, dalam usaha melindungi haiwan ini daripada kepupusan.


Kredit foto:WWF Malaysia

Anda belum tandatangan Ikrar Harimau Malaya? Jangan berlengah, suarakan sokongan anda untuk harimau kita dengan klik di sini (wwf.org.my/tigerpledge). - CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Asdan 31-7-2019 01:46 PM

membazir, nak buat apa kempen,  rakyat tak terlibat dgn harimau
Quote cmf_almondpecan 31-7-2019 01:58 PM
Menarik juga larian ni. Ada obstacles sikit2 dgn panjat2 tp ramai org beratur so malas nak tunggu.
Quote Boomibulat 31-7-2019 02:02 PM
Bg je rakyat bela kat rmh jd pets..lama2 bnyk la tu
Quote leylapple 31-7-2019 02:52 PM
Boomibulat replied at 31-7-2019 02:02 PM
Bg je rakyat bela kat rmh jd pets..lama2 bnyk la tu

setuju nie...

lagipun anak2 rimau cute.....setakat seekor ayam sehari tu takde hal punya...
Quote seller6183 31-7-2019 04:28 PM
kempen ni untuk apa? what will they do to save the tiger? stop the logging?
Quote AbukRokok 31-7-2019 09:17 PM
benda bodohhhhhh bodoh sgt2
buat kempen mcm ni sejuta kali pun harimau tetap xkan selamat
bukan rakyat makan harimau

nk selamatkn tgkap semua harimau yg boleh
masukkan dalam zoo utk pembiakan
klu xmampu bagi je kat zoo negara maju
biar dorang jaga dan bela
Quote Skuau 31-7-2019 09:22 PM
AbukRokok replied at 31-7-2019 09:17 PM
benda bodohhhhhh bodoh sgt2
buat kempen mcm ni sejuta kali pun harimau tetap xkan selamat
bukan ra ...

sib baik lagu tu..hang x minta depa ngap ngn rimau...kih3....
Quote Skuau 31-7-2019 09:26 PM
Larian Harimau Malaya'...igtkan rimau lari kejor pekerja Maybank....buat lauk.
Quote Lalalili66778 31-7-2019 11:25 PM
Pada aku bukan setakat kempen tapi sebnarnya kerajaan dan semua indibidu kena amik port.. pembangunan patut terkawal bukn sesuka hatibje twbas pokok tgok cam singapura
Quote rhea85 1-8-2019 10:03 PM
Kempen memanjang je tak jadi kalau hangat2 tahi ayam
Quote Ytee 19-6-2024 12:08 PM
kuat kempen
Quote bulalof 19-6-2024 12:21 PM
pendatang haram pun bebas keluar masuk ke Malaysia, camana nak halang pemburu haram?
Quote fattymah 19-6-2024 12:27 PM
Cam selamatkan hutan.. bukan kita rakyat marhaein yg p tebang hutan.. org besar berpangkat kabel yg dok tebang kan...
Quote DeluluMelulu 19-6-2024 12:41 PM
Pembalakan bagus untuk harimau, kata mereka!!!








Quote liyamariska 19-6-2024 12:55 PM
Boomibulat replied at 31-7-2019 02:02 PM
Bg je rakyat bela kat rmh jd pets..lama2 bnyk la tu

tergelak ai baca... dah cam amik kucing terbiar pastu bela....


Quote DeluluMelulu 19-6-2024 12:56 PM
Kebun durian musang king pun sama laknat punca kemusnahan habitat harimau dan punca populasi mereka semakin berkurang!!!

Dahlah ada yang teroka tanah kerajaan secara haram buat kebun durian, dasar serupa Isrohell curi tanah!!!!


Durian Musang King Punca Harimau Pupus?
Oleh - 24/10/2018

ANCAM… Habitat harimau belang di Malaysia semakin hari kian terancam ekoran permintaan tinggi terhadap durian jenis Musang King oleh China, menurut Dana Alam Sekitar Sedunia (WWF).

Hutan di Raub, Pahang yang kebelakangan ini menjadi destinasi tumpuan popular bagi pelancong dari China ekoran tarikan kuat terhadap ‘raja buah’ tersebut, dilaporkan mula memberi kesan buruk kepada kawasan persekitaran.

Kawasan hutan di situ giat dibuka untuk dijadikan kebun durian komersial khususnya klon Musang King dan amat digemari pelawat China, walhal tempat itu merupakan habitat buat Harimau Malaya yang sudah terancam teruk.

Dengan tinggal 300 ekor di dunia, Harimau Malaya hanya ditemui di Semenanjung Malaysia dan sedikit di Selatan Thailand. Aktivis setempat termasuk WWF mendakwa pembukaan tanah untuk tanaman durian adalah puncanya.

Siti Zuraidah Abidin, dari WWF Malaysia, mengatakan bahawa kawasan Hulu Sempan tempat perladangan baharu durian dibangunkan, berada tidak jauh dari kawasan perlindungan tempat harimau belang lazim tinggal secara liar.

“Pembersihan hutan berkenaan akan menyebabkan semakin sukarnya pergerakan haiwan tersebut,” ujar beliau yang dipetik akhbar bahasa Inggeris dan berpengaruh Hong Kong, The South China Morning Post baru-baru ini.

Dipercayai kawasan seluas 1,213 hektar di Hulu Sempan dijadikan kebun durian khas Musang King untuk tujuan komersial oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang, sebuah badan perusahaan milik kerajaan negeri tersebut.

“Projek pertanian skala besar di tanah berkenaan sebenarnya tidak memerlukan perintah keizinan daripada pihak Jabatan Perhutanan,” demikian jelas jurucakap agensi kerajaan tersebut yang dipetik media dari China itu.



Peningkatan pesanan durian dari China telah melonjakkan harga dan memacu pembukaan banyak kebun berskala besar di Malaysia dalam beberapa tahun terakhir, namun mengakibatkan kerosakan banyak habitat haiwan liar.

Malah ada pihak meramalkan durian bakal menggantikan eksport komoditi utama Malaysia sejak sekian lama iaitu kelapa sawit yang kini menghadapi tekanan kuat boikot antarabangsa selain harganya jatuh teruk kebelakangan ini.

Ia diburukkan lagi dengan tindakan China mengimport banyak durian dari seluruh dunia menyebabkan harganya naik sehingga 26 peratus sejak sedekad lalu. Pengeksport terbesar durian di dunia pada ketika ini ialah Thailand.

Setiap tahun jiran Malaysia itu mampu menjual sekitar 402,661 tan metrik bernilai AS$495 juta (kira-kira RM2.06 bilion) dengan sebanyak 303,430 tan metrik daripadanya dieksport ke China bernilai AS$394 juta (RM1.6 bilion).

Di Malaysia, ada 199 klon durian didaftarkan Jabatan Pertanian sejak 1934 namun hanya lapan jenis disyor boleh dikomersial pekebun termasuk D197 yang lebih dikenali sebagai Raja Kunyit atau Musang King. – Mynewshub.TV


https://www.mynewshub.tv/2018/10 ... unca-harimau-pupus/
Quote DeluluMelulu 19-6-2024 01:02 PM
Edited by DeluluMelulu at 19-6-2024 01:12 PM

Satu lagi, jalan raya dan lebuh raya di Malaysia punca utama roadkill! Buat lebuh raya tapi lintasan haiwan liar pun kedekut tahi hidung masin nak bina sebab nak jimat kos kannn!!!!!!


267 hidupan liar mati di jalan raya

2 Ogos 2020, 10:00 am



Harimau belang merupakan antara hidupan liar yang diancam kepupusan.

KUALA LUMPUR – Kemalangan maut membabitkan hidupan liar di atas jalan raya menjadi antara punca yang menjejaskan bilangan populasi haiwan tersebut di Malaysia.

Perkara itu terbukti apabila 267 kes membabitkan sembilan hidupan liar dilindungi dilaporkan mati akibat kemalangan jalan raya dalam tempoh tujuh tahun sejak 2013.


Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, nyawa hidupan liar di negara ini makin terancam ekoran kes kemalangan yang tinggi.

Katanya, spesies hidupan liar paling kerap dilaporkan mati akibat dilanggar kenderaan ialah kucing hutan atau kucing batu iaitu sebanyak 140 kes.

Ini diikuti tapir dengan (83 kes, memerang (20), beruang (7), gajah (7), harimau kumbang (5), kambing gurun (2), Rusa (2) dan harimau belang (1).

Jelas beliau, kemalangan ke­rap berlaku di laluan Lebuh Raya Pantai Timur 2, Jalan Mak Lagam, Terengganu, Jalan Bukit Aping, Johor dan Gemencheh, Negeri Sembilan.

“Bagi tahun 2019, sebanyak 42 kes kemalangan dilaporkan membabitkan gajah, tapir, me­merang dan kucing.

“Kebiasaannya, kemalangan membabitkan haiwan liar sering berlaku pada waktu lewat malam dan senja,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad.

Menurutnya, hasil kajian Perhilitan mendapati kemalangan berlaku apabila haiwan tersebut cuba melintas jalan untuk berge­rak dari satu tempat ke tempat lain bagi mencari pasangan, makanan dan faktor fragmentasi habitat hidupan liar.

“Sikap pemandu tidak peka dengan papan tanda amaran hidupan liar di jalan raya dan sengaja memecut kenderaan ketika melalui kawasan hotspot antara punca kemalangan terus berlaku.

“Kemalangan secara drastik ini menyebabkan penyusutan populasi hidupan liar,” ujarnya.

Abdul Kadir berkata, pelbagai inisiatif dilaksana bagi mengurangkan kes seperti mengenal pasti hotspot baru, pemasangan lampu isyarat berkelip serta papan tanda amaran.

“Malah kami memplot kawasan-kawasan hotspot ini di dalam aplikasi Waze sebagai pe­ringatan kepada pemandu supaya memperlahankan kenderaan di kawasan terbabit,” katanya.
Quote DeluluMelulu 19-6-2024 01:05 PM
Edited by DeluluMelulu at 19-6-2024 01:21 PM

LARIAN NI PATUT DIPAKSA KEPADA SEMUA PENEROKA KEBUN DURIAN HARAM, PEMBURU HARAM TERLAKNAT DARI SIAM DAN VIETNAM DASAR PENCURI ORGAN DAN BAHAGIAN HARIMAU MALAYA BUAT UBAT-UBATAN KUAT UNTUK MEMENUHI PERMINTAAN RAKYAT PEOPLE REPUBLIC OF CHINA (PRC), SEJENIS KELOMPOK MANUSIA DENGAN SELERA EKSOTIK TERPALING KEBULUR HAIWAN LIAR DI DUNIA INI SERTA PEMBALAK HARAM PEROSAK HUTAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA INI!!!!!

BUKAN RAKYAT MARHAEN MACAM KITA NI YANG PERGI BURU HARIMAU, TEBANG HUTAN, DAN MAKAN UBAT-UBATAN DIBUAT DARIPADA HARIMAU PUNCA KEPUPUSAN HARIMAU DI MALAYSIA NI!!!!!!!  
Quote ninja boy 19-6-2024 01:06 PM
Apalagi tangkap 5 betina sekor jantan kurung kasi bunting, beranak dlm zoo, konsep ronghinya beranak

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.123682 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top