CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 2055|Reply: 10

Kurang 200 Dari 3,000 Ekor, Selamatkan Harimau Malaya!

[Copy link]
Post time 31-7-2019 01:11 PM | Show all posts |Read mode

Kredit foto: WWF Malaysia



Bersempena Hari Harimau Sedunia 2019, Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia melancarkan program Ikrar Harimau Malaya bagi memupuk kesedaran masyarakat dalam usaha pemuliharaan harimau Malaya yang berdepan ancaman kepupusan.


Program itu dilancarkan pada acara Larian Harimau Malaya 2019, Ahad lalu.





Dari kiri: Shahril Azuar Jimin, CEO Yayasan Maybank; peserta; Datuk Mohaiyani Shamsudin, Pengerusi Maybank dan Yayasan Maybank; Sophia Lim, WWF-Malaysia Pengarah Eksekutif/CEO WWF-Malaysia; Dr Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli; Datuk Zurinah Pawanteh



Menariknya, Maybank turut menyokong program itu dengan mengumpul lebih 43,000 pekerjanya untuk menandatangani ikrar tersebut.


Larian Harimau Malaya yang dianjurkan bersama WWF-Malaysia dan Maybank turut mendapat sokongan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebagai sebahagian daripada kempen 'Selamatkan Harimau Malaya Kita'.


Lebih 4,000 pelari menyertai larian yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya sempena Hari Harimau Sedunia bagi menzahirkan sokongan terhadap pemuliharaan harimau di negara ini.




Dr Xavier Jayakumar





Acara itu turut dihadiri Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar dan Pengerusi Maybank dan Yayasan Maybank, Datuk Mohaiyani Shamsudin.

"Kami sangat terharu dengan sokongan ramai untuk acara Larian Harimau Malaya tahun ini, sekali gus membuktikan bahawa masih ramai prihatin terhadap masa depan harimau Malaya di Malaysia," kata Sophia Lim, Pengarah Eksekutif/CEO WWF-Malaysia.




Sophia Lim




Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maybank, Shahril Azuar Jimin berkata, peranan korporat adalah komponen kritikal dalam usaha pemuliharaan untuk menyelamatkan harimau di Malaysia.

"Maybank percaya suara rakyat memainkan peranan penting dalam menyokong dan mempengaruhi proses membuat keputusan terutamanya dalam mengubah nasib harimau kita.

"Sejajar dengan misi kami dalam perkhidmatan kewangan, Maybank menyokong Ikrar Harimau Malaya," katanya.



Pada 2016, Maybank melancarkan kerjasama dengan WWF-Malaysia untuk menyokong usaha pemuliharaan harimau di Kompleks Hutan Belum Temengor yang mula diperkenalkan pada 2007.


Dari jumlah 3,000 pada akhir 1950-an, hari ini bilangan harimau di negara kita semakin menyusut iaitu tidak sampai 200 ekor.


Situasi genting ini menggesa WWF-Malaysia untuk mewujudkan Ikrar Harimau Malaya yang bertujuan meraih sokongan sejuta rakyat pada Hari Harimau Sedunia pada 2020, dalam usaha melindungi haiwan ini daripada kepupusan.




Kredit foto:WWF Malaysia




Anda belum tandatangan Ikrar Harimau Malaya? Jangan berlengah, suarakan sokongan anda untuk harimau kita dengan klik di sini (wwf.org.my/tigerpledge). - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 01:46 PM | Show all posts

membazir, nak buat apa kempen,  rakyat tak terlibat dgn harimau
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 01:58 PM | Show all posts
Menarik juga larian ni. Ada obstacles sikit2 dgn panjat2 tp ramai org beratur so malas nak tunggu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg je rakyat bela kat rmh jd pets..lama2 bnyk la tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 02:52 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 31-7-2019 02:02 PM
Bg je rakyat bela kat rmh jd pets..lama2 bnyk la tu

setuju nie...

lagipun anak2 rimau cute.....setakat seekor ayam sehari tu takde hal punya...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 04:28 PM | Show all posts
kempen ni untuk apa? what will they do to save the tiger? stop the logging?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 09:17 PM | Show all posts
benda bodohhhhhh bodoh sgt2
buat kempen mcm ni sejuta kali pun harimau tetap xkan selamat
bukan rakyat makan harimau

nk selamatkn tgkap semua harimau yg boleh
masukkan dalam zoo utk pembiakan
klu xmampu bagi je kat zoo negara maju
biar dorang jaga dan bela
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 31-7-2019 09:17 PM
benda bodohhhhhh bodoh sgt2
buat kempen mcm ni sejuta kali pun harimau tetap xkan selamat
bukan ra ...

sib baik lagu tu..hang x minta depa ngap ngn rimau...kih3....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Larian Harimau Malaya'...igtkan rimau lari kejor pekerja Maybank....buat lauk.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2019 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada aku bukan setakat kempen tapi sebnarnya kerajaan dan semua indibidu kena amik port.. pembangunan patut terkawal bukn sesuka hatibje twbas pokok tgok cam singapura
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2019 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kempen memanjang je tak jadi kalau hangat2 tahi ayam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-5-2022 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.082744 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list