Hanya berbakikan enam kilometer (km), seorang peserta marathon tetap gigih meneruskan larian walaupun tercirit di tengah pertandingan. Lapor The Sun, kejadian berlaku ketika acara 'Half Marathon Shanghai' dan dek kerana terdesak mahu menamatkan larian 21km itu, Wu Xiangdong sanggup 'melepaskan hajatnya' ketika berlari.
Wu akui dia mula berasa sakit perut ketika separuh lariannya, namun nekad menuju ke garisan penamat. Pelari dari China terpantas dengan catatan masa satu jam, enam minit dan 16 saat itu mengakui dia berasa malu dengan insiden berkenaan. "Saya sendiri tak tahan dengan bau busuk itu. "Tapi saya gagahkan diri meneruskan larian tanpa berhenti untuk ke tandas (tiada tandas di sepanjang laluan larian) dan saya nekad menewaskan pelari Afrika di hadapan saya," katanya kepada TODAYonline.
Ujar Wu, dia benar-benar lega sebaik tiba di garisan penamat. "Saya yakin dapat berlari lebih pantas sekiranya insiden itu tidak berlaku di tengah-tengah larian," katanya. Wu bagaimanapun menolak kemungkinan cirit-biritnya itu disebabkan apa yang dimakannya memandangkan dia hanya mengambil sekeping roti dan air mineral saja. Walaupun Wu boleh berbangga dengan rekodnya sebagai pelari dari China terpantas, namun insiden itu semestinya tidak mungkin dapat dilupakan dalam waktu terdekat ini. "Saya berasa sangat lega selepas dapat ke tandas sebaik menamatkan larian. Tapi, saya mahu melupakan pertandingan ini!" ujarnya. Sementara itu, Shanghaiist melaporkan Wu menamatkan larian kurang dari empat minit di belakang juara, Antenayehu Dagnachew dari Ethiopia sebelum bergegas ke bilik air berhampiran. Rasanya kalau jadi juara sekalipun, bolehkah anda melupakan insiden memalukan seperti ini? - CARI
|
3
Bagus |
4
Marah |
4
Terkejut |
8
Sedih |
6
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
matryoshka replied at 26-4-2019 07:09 PM
Pgawai yg tnggu kat garisan pnamat tu pun agaknye mncirit lari x thn bau cirit
ADVERTISEMENT