CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Galak Anak Tidur Dengan Sugar Daddy Untuk Tampung Kos Pembedahan Kosmetik

10-4-2019 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10541| Komen: 75

Ramai sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik hingga ada kalanya memakan diri sendiri.

Memetik METRO, seorang wanita menggalakkan anak perempuannya berusia 18 tahun tidur dengan beberapa 'sugar daddy' sebagai jalan singkat untuk membayar kos pembedahan kosmetik mereka.



Kredit foto: ITV/METRO

Dalam temu bual menerusi sebuah rancangan televisyen, Georgina Clarke, 41, mengakui membenarkan Kayla Morris yang kini berusia 23 tahun untuk menari dan melakukan hubungan seks dengan lelaki lebih berusia bagi mendapatkan wang menjalani pembedahan payudara dan bibir dua beranak itu.

Ibu empat anak itu mengakui dalam program TV ITV’s The Kyle Files bahawa dia tahu tindakannya ketika itu salah dan berasa seperti seorang ibu yang tidak berguna.


Kredit foto: News Dog Media/METRO


Difahamkan, Kayla menemui lelaki berusia 50-an untuk menjadi sugar daddynya ketika berusia 18 tahun.


Kay;a ketika berusia 20 tahun
Kredit foto: News Dog Media/METRO

Menurut Georgina, dua beranak itu merancang untuk melakukan pembedahan kosmetik sejak Kayla berusia 11 tahun lagi untuk kelihatan seperti idolanya, Katie Price.

Untuk itu, mereka telah menghabiskan sebanyak 60,000 pound (RM320,955) untuk tampil dengan imej baru.


Kredit foto: News Dog Media/METRO

Berkata kepada hos Jeremy Kyle, Kayla mengakui kehidupan sebagai remaja zaman kini terdedahkan dengan banyak tekanan daripada media sosial, di mana hampir semua orang mahu kelihatan sepeti idola mereka.

"Kalau anda tidak yakin dan gembira dengan diri sendiri, lakukanlah pembedahan kosmetik sekiranya berkemampuan," katanya.


Kredit foto: YouTube The Doctors

Dalam temu bualnya bersama Mail Online sebelum ini, Georgina meluahkan kesyukuran kerana memiliki anak seperti Kayla yang sanggup membayar kos pembedahan kosmetik untuknya.

"Saya tidak kisah hidupnya bergelumang dengan maksiat kerana segala yang kami impikan tercapai," ujarnya. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 10-4-2019 11:59 AM


rendahnya nilai kamu..
Quote pakupayung21 10-4-2019 12:01 PM
dah mcm jenglot
Quote fff_cat 10-4-2019 12:05 PM
Ingatkan cun... menyesal tengok
Quote sharlenetexas 10-4-2019 12:06 PM
Huduhnya.


Quote glump 10-4-2019 12:16 PM
Bila hubungan macam kwn, apakah nilai mereka..apa takrifan maksiat bg mereka..
Rasanya makin ramai begitu tp hanya mereka yg mengaku
Quote saviour_09 10-4-2019 12:17 PM
kesian nya life macam ni kheeennn
Quote Meiizu 10-4-2019 12:29 PM
buruknya..kesian
Quote ellZack 10-4-2019 12:31 PM
Macam tak berbaloi dengan hasilnya.
Quote DayangKirana 10-4-2019 12:35 PM
kalau western buat plastic surgery, usually result dia hauk sesangat..
iols still boleh terima lagi kalau Asian / Korean punya plastic surgery..
Quote AwanCikDania 10-4-2019 12:36 PM
DayangKirana replied at 10-4-2019 12:35 PM
kalau western buat plastic surgery, usually result dia hauk sesangat..
iols still boleh terima lag ...

I pun sependapat dgn u. Diorang punya mcm berlebihan sgt
Quote Beribear 10-4-2019 12:54 PM
Rupa cenggitu pon ada org nak.. Kesian anak dia dari kecik ibu dia dah ajar nak buat plastic surgery, terpengaruh sampai besar. Tengok cermin tu, tak rasa diri tu buruk ke???
Quote umie 10-4-2019 01:01 PM
Habih ribu riban tapi rupa nan hado! Hudoh!!
Quote Buritan 10-4-2019 01:05 PM
Kalo hodoh cenggini.. tak pe laa.. akak rela wajah yg asal wpun desa...
Quote missDollie 10-4-2019 01:11 PM
Buruk giler..haazaaabbbbb...sugardady takde taste boleh la..
Quote Artemesiaa 10-4-2019 01:12 PM
Makin buruk jadinya
Quote electricopop 10-4-2019 01:14 PM
Seram nye. Macam Barbie Doll rosak. lol
Quote MarissaOberlin 10-4-2019 01:42 PM
Westerners kalau buat plastic surgery memang jadi hauk ke ? Asian lawo pulak kejadiannya *jejeling retis malaysia buat hidung*
Quote buragazz 10-4-2019 01:45 PM

Jenglot pun lawo rasanya.. aku tak faham tang mana anak beranak ni punya lawo..
Quote chinta89 10-4-2019 03:28 PM
tapi masalahnya tak cantik pun

mak nyah thailand lagi helok kejadian

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.116929 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top