Maut ketika berswafoto berhampiran landasan kereta api. Itu nasib yang menimpa seorang gadis berusia 15 tahun. Daily Mail melaporkan tubuh Karina Baymukhambetova, 15, 'berkecai' selepas dilanggar oleh kereta api barang yang bergerak laju.
Dalam kejadian yang berlaku di bandar Orsk, Rusia, seorang budak lelaki yang dipercayai saudara mangsa terselamat kerana sempat melompat menjauhi landasan. Difahamkan pemandu kereta api itu menekan brek apabila ternampak orang di landasan namun disebabkan terlampau laju ia gagal untuk berhenti. Sebelum kejadian budak lelaki yang terselamat itu ada menasihati mangsa tentang bahaya berada di landasan kereta api namun ianya tidak diendahkan.
Inspektor Kanan Pengankutan Denis Khnykin, memberi nasihat supaya ibu bapa mengawasi anak masingh-masing. "Sentiasa patuhi arahan dan hindarkan diri dari tempat-tempat yang berbahaya." -CARI
|
duri_durians replied at 28-3-2019 10:15 AM
sebenarnya kesian dgn generasi instagram ni... hidup tertekan utk mendapatkan likes dan followers.
duri_durians replied at 28-3-2019 10:15 AM
sebenarnya kesian dgn generasi instagram ni... hidup tertekan utk mendapatkan likes dan followers.
ADVERTISEMENT