Sangkaan seorang pemancing yang mata kail pemancing tersangkut pada ikan besar ternyata salah apabila ianya adalah mayat seorang remaja perempuan.
Astro Awani melaporkan ketika itu dia sedang memancing di Sungai Sentap, Kampung Kodiang Lama, Mukim Keplu, Kodiang. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata, "Pemancing itu kemudian melaporkan penemuannya itu kepada polis dan apabila tiba di lokasi penemuan yang terletak berhampiran Gua Kerbau, pihak polis mendapati mangsa berpakaian lengkap, namun tidak mempunyai sebarang pengenalan diri. "Pemeriksaan awal juga tidak menemui sebarang kecederaan pada badan mangsa dan tiada unsur jenayah dikesan. Mangsa dipercayai mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai berkenaan." Orang awam menjumpai sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda di tepi Sungai Sentap. Hasil pemeriksaan mendapati motosikal berkenaan milik seorang remaja perempuan dari Simpang Ampat, Perlis. "Kita telah mengesan keluarga pemilik motosikal itu yang tinggal di Kuala Sungai Baru, Sanglang di Simpang Ampat, Perlis. Ibu bapa pemilik motosikal tersebut juga telah diminta membuat pengecaman dan telah mengesahkan bahawa mangsa adalah anak mereka." Polis juga telah menahan teman lelaki magsa berusia 18 tahun dan difahmkan mereka ada bertengkar sebelum mereka terjatuh dalam sungai. "Suspek berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa disyaki lemas, namun suspek tidak meminta bantuan daripada orang ramai. Mayat mangsa yang dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar telah selesai dibedah siasat pukul 1.40 pagi Isnin dan pihak polis kini sedang menunggu hasil bedah siasat sebelum mengetahui punca sebenar kematian." -CARI
|
Syd replied at 27-3-2019 08:32 AM
ADVERTISEMENT