CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 4243|Reply: 32

[Tempatan] Disangka Pancing Ikan Besar, Rupanya Mayat

  [Copy link]
Post time 27-3-2019 05:02 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
26 Mar 2019

BERNAMA

ALOR SETAR - Seorang pemancing tidak menyangka terpancing mayat ketika memancing di Sungai Sentap, Kampung Kodiang Lama, Mukim Keplu, Kodiang malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata dalam kejadian pada Sabtu malam, mata kail pemancing itu tersangkut pada sesuatu yang berat dan apabila ditarik ternyata yang muncul bukannya ikan besar tetapi mayat seorang remaja perempuan.

“Pemancing itu kemudian melaporkan penemuannya itu kepada polis dan apabila tiba di lokasi penemuan yang terletak berhampiran Gua Kerbau, pihak polis mendapati mangsa berpakaian lengkap, namun tidak mempunyai sebarang pengenalan diri.

“Pemeriksaan awal juga tidak menemui sebarang kecederaan pada badan mangsa dan tiada unsur jenayah dikesan. Mangsa dipercayai mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Ismail berkata polis kemudian telah menerima maklumat daripada orang awam yang menjumpai sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda di tepi Sungai Sentap dan hasil pemeriksaan mendapati motosikal berkenaan milik seorang remaja perempuan dari Simpang Ampat, Perlis.

“Kita telah mengesan keluarga pemilik motosikal itu yang tinggal di Kuala Sungai Baru, Sanglang di Simpang Ampat, Perlis. Ibu bapa pemilik motosikal tersebut juga telah diminta membuat pengecaman dan telah mengesahkan bahawa mangsa adalah anak mereka,” katanya.

Mohd Ismail berkata, pada Ahad polis telah menahan teman lelaki mangsa yang berusia 18 tahun dan setelah disiasat suspek mendakwa telah bertengkar dengan mangsa sebelum mereka terjatuh ke dalam sungai.

“Suspek berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa disyaki lemas, namun suspek tidak meminta bantuan daripada orang ramai. Mayat mangsa yang dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar telah selesai dibedah siasat pukul 1.40 pagi Isnin dan pihak polis kini sedang menunggu hasil bedah siasat sebelum mengetahui punca sebenar kematian,” katanya.- Bernama

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2019 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tau sorang lagi lemas boleh plak buat tak reti je..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 08:08 AM | Show all posts
Mana la sifat kemanusiaan kau dik. time syg kemain die punya lovey dovey time gaduh kau boleh buat diam je gf kau lemas.

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 08:13 AM | Show all posts
INI memang kes bunuh..mayat rambut panjang..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pasal2 berhantu tempat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 08:27 AM | Show all posts
kejamnya ko dik..dah tau gf lemas knp tak bgtau..sian makpak arwah.. ke bf dia ni yg tolak masuk sungai tu..lps tu takut dah..terus buat senyap..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 08:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Hidup la ko dgn rasa serba salah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2019 08:34 AM | Show all posts
terjatuh ke tolak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 08:35 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 08:39 AM | Show all posts
macam kes bunuh jer nih......dah tau jatuh knp blh buat senyap jer
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 27-3-2019 08:32 AM

Hmm. Keadaan mayat tak tunjuk mayat mati lemas. Motif tangan gitu. Sah dibunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tangan kena ikat ke gambar tak clear laaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 09:07 AM | Show all posts
menjawab la ngan polis ko dik, dh tau budak tu lemas pi la mtk tolong org ramai
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 09:07 AM | Show all posts
bhagian mayat tu  ada tanda  hem hem tak
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 10:07 AM | Show all posts
nampak macam kena bunuh je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2019 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Napelah kejam sgt.. dh jatuh sama2.. hang selamat.. hang tgk gelpren hang x timbui2. Awat la p tinggai. Habaq kat mak pak gelpren hang pn xmau.. haishhhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 11:55 AM | Show all posts
Pemancing turut dapat susah nak kena buat report polis segala pasti lama beliau tak nak gi mancing nanti
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2019 01:04 PM | Show all posts
kuajaqqq... boleh ko main tinggal je budak tu tengah lemas
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-10-2022 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.086982 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list