Seorang wanita didakwa merakam dirinya melakukan penderaan seksual terhadap anaknya berusia empat tahun sebelum menjual video berkenaan di dalam talian. Memetik Mirror, suspek berusia 26 tahun dan tidak dinamakan itu didakwa menjual semua video berkenaan di 'Dark Web'. Menurut laporan polis, suspek ditahan selepas polis anti-siber menemui lambakan video jijik itu di dalam komputernya ketika menggeledah kediamannya di Vinnytsia, Ukraine. Selain video, wanita itu juga didakwa menjual gambar penderaan terhadap kanak-kanak itu di laman berkenaan. Hasil siasatan mendapati suspek menjual setiap klip video terbabit pada harga 3,000 hryvnia (RM457). Keseluruhannya, dia telah menjual kira-kira 30 video dan meraih keuntungan sebanyak 90,000 hryvnia (RM13,706). Ketika polis menggeledah kediamannya, suspek mengakui didekati seorang wanita yang menawarkan pekerjaan kepadanya menerusi emel. Menurutnya, dia diarahkan untuk mencari mangsa yang rela terbabit dalam kegiatan jijiknya itu untuk mendapatkan wang sebagai ganjaran. Katanya, wanita itu menyuruh suspek merakam video kanak-kanak berkenaan ketika ibu bapa mereka tiada di rumah atau dia boleh menjemput mangsa ke rumahnya bagi sesi rakaman itu. Dipercayai suspek enggan melakukannya, namun bersetuju apabila wanita terbabit mencadangkan dia menggunakan anaknya sahaja. Sebelum ini, suspek dikatakan terbabit dengan kegiatan pornografi untuk menampung kos sara hidup. Suspek berdepan tuduhan merogol, melakukan penderaan terhadap kanak-kanak, menghasilkan dan menyebarkan bahan pornografi. Bagi semua kesalahan itu, dia boleh dipenjara hingga 10 tahun, jika sabit kesalahan. Difahamkan, anaknya kini menghadiri sesi kaunseling dan akan diserahkan ke rumah anak yatim. - CARI
|
clarizsa: Sebab tu i x setuju sgt quotes yg agung2kan semua mak ayahSbb bkn semua baik punNi salah satu yg celakaSian baby tu
ADVERTISEMENT