Polis akan memanggil seorang lelaki untuk memberi keterangan selepas videonya memarahi dan memukul kanak-kanak lelaki tular di laman sosial, lapor Harian Metro.
Difahamkan, mangsa yang dipercayai penghuni sebuah rumah kebajikan kanak-kanak di Taiping itu dikatakan telah melekatkan gula-gula getah di keretanya menyebabkan lelaki terbabit 'naik hantu'. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku di sebuah rumah kebajikan, malam semalam. “Berdasarkan siasatan, kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah kebajikan kanak-kanak di bandar ini dan mangsa juga adalah penghuni rumah berkenaan.
“Video menunjukkan seorang suspek memukul mangsa menggunakan tangan beberapa kali di belakang leher kerana mangsa dipercayai melekatkan gula getah di kereta suspek,” katanya. Loading FB Post... Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja memdatangkan kecederaan. - CARI
|
6
Bagus |
5
Marah |
5
Terkejut |
6
Sedih |
8
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT