CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kisah Benar! Kitab Grand Grimoire Adalah Kitab Sihir Yang Paling Kuat

21-2-2019 10:52 AM| Diterbitkan: Shellyshel| Dilihat: 13552| Komen: 23|Original author: Oleh: Black Rose

Sebelum ini, kita mengetahui Codex Gigas, sebuah kitab yang disebut sebagai kitab Syaitan kerana sehelai muka surat dalam kitab itu dilukis gambar menyerupai seekor Syaitan. Namun, kitab itu masih kekal misteri kerana tujuan kitab itu ditulis masih tidak diketahui.


Sebuah lagi Kitab yang ditemui dan bukan lagi misteri adalah kitab yang juga digelar Kitab Syaitan atau 'The Red Dragon' untuk tujuan ilmu hitam. Ia dikatakan digunakan dengan berhubung dengan syaitan. Buku ini ditulis pada awal abad ke-19.


 

Buku ini mempunyai dua peranan. Peranan pertama adalah bagaimana cara untuk memanggil Syaitan, manakala peranan kedua dibahagi kepada dua bahagian lagi iaitu 'Sanctum Regnum' dan 'Secrets'. 

'Sanctum Regnum' berfungsi sebagai cara mengarahkan roh jahat tanpa menggunakan upacara tertentu dan sangat berisiko tinggi. 'Secrets' pula sihir yang perlu diadakan upacara tertentu bagi tujuan memanggil roh jahat atau berhubung dengan orang yang sudah meninggal dunia.





Buku ini ditemui di Jerusalem pada tahun 1750 berdekatan dengan makam Nabi Sulaiman. Ilmu hitam ini memang sudah wujud sejak zaman Nabi Sulaiman a.s lagi. Orang-orang Yahudi ketika itu menggunakan kitab ini dan ia menjadi amalan untuk berhubung dengan syaitan.

 

Ada pendapat yang menyatakan buku ini berkemungkinan ditulis oleh Paus Honorius III (1148-1227). Honorius mempelajari ilmu itu sendiri daripada Syaitan dan dirujuk sebagai 'Sworn Book of Honorius' (Kitab Sumpahan Honorius). 

Ia digunakan untuk memanggil Syaitan pada bila-bila masa bagi tujuan kejahatan. Kandungan dalam buku ini telah disalin semula dan dicetak serta disebarkan ke seluruh dunia pada ketika itu

Grand Grimoire ini tidak dapat dibakar, dipotong, ditusuk, dikoyak dan apa-apa cara untuk memusnahkannya. Kebanyakan kandungan dalam Kitab ini digunakan oleh puak negro di Haiti sebagai tujuan mantera dan pemujaan. Kitab ini juga mengandungi bukti keberkesanannya, tempat peninggalan Bible dan lakaran sebenar wajah Syaitan.

Kitab asal Grand Grimoire masih tersimpan dalam Arkib Rahsia Vatican.



Dengan mengetahui kewujudan Grand Grimoire ini, barulah kita tahu bahawa ilmu hitam itu memang wujud. Ada juga filem bertemakan buku seperti ini iaitu filem 'The Mummy' dan 'The Mummy Return'. Buku 'Book Of The Died' dan 'Book Of The Life' mungkin lebih kurang sama dengan Kitab itu.

Walaupun sudah wujud beberapa buah agama di dunia ini yang melarang menggunakan ilmu hitam, namun ilmu hitam masih digunakan untuk tujuan kejahatan mahupun kebaikan. - CARI
8

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 21-2-2019 11:31 AM
Ada version ebook pdf x? Kaka nak sumpah sis vokuru jadi kereta proton 2.0
Quote CiliPadiSedap 21-2-2019 11:32 AM
Ada version ebook pdf x? Kaka nak sumpah sis vokuru jadi kereta proton 2.0
Quote kucingitam 21-2-2019 11:57 AM
dikatakan pihak zionis israel menggali di sekitar baitulmagdis adalah untuk mencari kitab2 sihir nabi sulaiman kan?
Quote ninjago 21-2-2019 12:16 PM
CiliPadiSedap replied at 21-2-2019 10:32 AM
Ada version ebook pdf x? Kaka nak sumpah sis vokuru jadi kereta proton 2.0

bam cili tak habis2 lagi perang dingin ngan sis vokuru.. rindu eh..
Quote ninjago 21-2-2019 12:17 PM
simpan dlm arkib vatican. yela tu setakat simpan. mesti praktikkan punya. don't lie.
Quote Shellyshel 21-2-2019 01:10 PM
banyak pemerintahan pada zaman itu yang berebut untuk memiliki buku ini....
siapa yang tak nak kalau tamakkan kuasa kan?
Quote salmon-suki 21-2-2019 01:12 PM
"Ada pendapat yang menyatakan buku ini berkemungkinan ditulis oleh Paus Honorius III (1148-1227)."

"Paus"??betul ke ni nama dia?{:run
Quote Victorioussss 21-2-2019 01:21 PM
Benarlah apa y tertulis dlm Quran pd surah al kahfi
Tlalu bnyk bukti bhwa Islam agama sebenar benarnya
Quote azimodin 21-2-2019 02:42 PM
salmon-suki replied at 21-2-2019 01:12 PM
"Ada pendapat yang menyatakan buku ini berkemungkinan ditulis oleh Paus Honorius III (1148-1227)."
...

"Paus" tu jawatan kan?bukan nama dia rasanya
Quote amyza 21-2-2019 04:26 PM
Kebal buku tu,tak boleh dimusnahkan pulak. Btw, mcm mana rupa syaitan dalam buku tu? Ada didedahkan tak?
Quote lee_sakura 21-2-2019 04:57 PM
simbol2 mcm tu iols pnh tgk kt restoren di shah alam ngan kt ho chi minh, vietnam...kt agensi kerajaan pon ade gak sbb ofis tu selalu kene kacau ngan hantu, tp bila letak benda tu kt atas pintu trus kurang dh hantu2 tu kacau staf
Quote maxgamer82 21-2-2019 11:27 PM
dah macam dalam cite Supernatural yang tah bila nak abis tu...
Quote sehirkedi 22-2-2019 05:16 AM
Edited by sehirkedi at 22-2-2019 05:18 AM

Topik yg menarik.. Siap ada lakaran rupa sebenar syaitan.. Kalau sekarang masih dijual kat pasaran agaknya berapa kali ulang cetak dan sold out. Pasti ramai yg nak memilikinya..
Quote gigahertz 22-2-2019 08:18 AM
kucingitam replied at 21-2-2019 03:57 AM
dikatakan pihak zionis israel menggali di sekitar baitulmagdis adalah untuk mencari kitab2 sihir nab ...

kononya kitab yang ada tu di tulis oleh syaitan dan di letakkan di bawah singgahsana nabi sulaiman
Quote kucingitam 22-2-2019 09:29 AM
azimodin replied at 21-2-2019 02:42 PM
"Paus" tu jawatan kan?bukan nama dia rasanya

Paus=Pope

tu translate la tu..Pope Honorius


Quote kucingitam 22-2-2019 09:30 AM
gigahertz replied at 22-2-2019 08:18 AM
kononya kitab yang ada tu di tulis oleh syaitan dan di letakkan di bawah singgahsana nabi sulaiman

haah..gitulah yg pernah dibaca

Quote runiadreamer 22-2-2019 09:50 AM
ni kan kitab yang kononnya dimusnahkan tapi tak musnah pon
Quote belilies 22-2-2019 01:17 PM
Victorioussss replied at 21-2-2019 01:21 PM
Benarlah apa y tertulis dlm Quran pd surah al kahfi
Tlalu bnyk bukti bhwa Islam agama sebenar benar ...

Kalau kakak maksudkan sebab seorang paus (pope) yang menulis kitab tersebut serta disimpan oleh pihak vatican tak dapat menyokong pendapat bahawa islam adalah agama yg tulen di dunia. Pope itu mungkin menulis utk tujuan ilmiah. Kalau dia guna utk tujuan yg salah pun, vatican mungkin simpan utk tujuan keselamatan. Dah pernah tengok conjuring?
Quote gigahertz 22-2-2019 06:58 PM
belilies replied at 22-2-2019 05:17 AM
Kalau kakak maksudkan sebab seorang paus (pope) yang menulis kitab tersebut serta disimpan oleh pi ...

tv series charmed.ada keluar buku ni. nama sama. kitab sama.fungsi sama. kalau baca terbalik demon yang telah di musnahkan akan hidup balik.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.141026 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top