CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Makan Dengan Betul Mampu Bantu Proses Pemulihan Kecederaan

21-2-2019 11:11 AM| Diterbitkan: MN_jarilaju| Dilihat: 2050| Komen: 2|Original author: Oleh: MN_jarilaju

Description: Bagi anda yang selalu menonton acara sukan sama ada bola sepak, hoki, ragbi, mahupun seni bela mempertahankan diri (UFC dan One Championship), anda pasti pernah melihat kecederaan yang dialami pemain ...
Bagi anda yang selalu menonton acara sukan sama ada bola sepak, hoki, ragbi, mahupun seni bela mempertahankan diri (UFC dan One Championship), anda pasti pernah melihat kecederaan yang dialami pemain atau atlet. 


Apabila mengalami kecederaan, mereka perlu berehat dan menjalani tempoh rawatan dan pemulihan yang lama. Namun, tahukah anda terdapat beberapa cara untuk mempercepatkan proses pemulihan tersebut?


Foto dari: Hello Doktor

Salah satu cara terbaik adalah makan dengan cara yang betul. Ya, betul! Makan dengan betul merupakan salah satu cara untuk mempercepatkan proses pemulihan dan juga meningkat prestasi seseorang atlet. 

Terdapat beberapa nutrien mikro tertentu yang boleh membantu dalam pemulihan kecederaan atlet. 


Kalsium dan Vitamin D

Kalsium diperlukan dalam pertumbuhan dan kesihatan tulang. Turut membantu dalam mengurangkan risiko stress fractures (patah). Vitamin D pula diperlukan dalam mengekalkan tahap Kalsium dalam badan serta membantu pertumbuhan tulang yang sihat dan fungsi rangka otot. 

Pengambilan Kalsium dan Vitamin D membantu dalam kecederaan patah dan terseliuh.


Foto dari: idntimes.com

Antara makanan yang mempunyai tahap Kalsium tinggi adalah produk tenusu, manakala antara makanan yang mempunyai tahap Vitamin D yang tinggi adalah kuning telur, yogurt, jus buah-buahan dan cendawan kering.


Zat Besi

Zat Besi memainkan peranan penting dalam memindahkan oksigen dari paru-paru ke tisu badan dan penting untuk pernafasan serta tenaga. Zat Besi juga mempengaruhi daya tahan dan prestasi atlet. 

Selain itu, Zat Besi turut membantu dalam keletihan melampau, kekurangan tenaga, penurunan keseluruhan prestasi sukan dan ketidakupayaan menyelesaikan sesuatu aktiviti.


Foto dari: medicastore.com

Antara makanan mengandungi Zat Besi yang tinggi adalah makanan yang datang dari haiwan seperti daging, ikan dan telur. Tofu dan kacang juga mempunyai Zat Besi.


Elektrolit

Elektrolit seperti natrium, kalium dan klorida adalah penting dalam menjana tenaga, mengekalkan penghidratan dan pergerakkan otot badan. 

Turut membantu dalam kecederaan kejang otot, sakit kepala, sakit badan dan keletihan.


Foto dari: Runner's Rationale

Antara makanan dengan kandungan Elektrolit yang tinggi adalah seperti kekacang, minuman tenaga, kentang dan pelbagai sayur serta buah-buahan.


Vitamin C

Vitamin C memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pembaikan tisu badan, menyembuhkan luka serta membantu dalam pembaikan tulang. 

Mendapatkan Vitamin C yang cukup dapat membantu atlet unutk kekal sihat dan bersedia sebelum beraksi. Turut membantu ketika batuk, selsema, dan sakit otot.


Foto dari: naturallycurlye.com

Antara makanan dengan kandungan Vitamin C yang tinggi adalah seperti buah oren, strawberi, brokoli, lada hitam, tomato dan pelbagai jenis sayur dan buah-buahan.

Terdapat pelbagai makanan yang baik untuk tubuh manusia. Jadi, makanlah dengan cara yang betul agar kesihatan anda baik dan terjamin. - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 21-2-2019 11:41 AM
Betul tu makan dari sumber asli lebih cepat effectnya dari yang dah diprocess
Quote Juju89 4-3-2019 04:27 PM
betul lah tu pemakanan sangat mengpengaruhi sistem tubuh badan kita untuk sembuh dan melawan penyakit yang datang.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.055145 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top