CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sempat Mesyuarat Dan Makan Tengahari, Sebelum Mati Gantung Diri Di Sisi Kapal

19-2-2019 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15164| Komen: 96|Original author: Oleh: Myra Rozi

Kru kapal yang mati dalam keadaan tergantung di sisi kapal bekalan luar pesisir dekat Pelabuhan Kemaman, Chukai, dikatakan mengalami kemurungan.

Harian Metro melaporkan, lelaki berusia 38 tahun itu ditemui rakan sekerjanya kira-kira 1.30 tengah hari.

Kejadian hanya disedari semasa kapal berkenaan berlabuh pada kedudukan kira-kira dua batu nautika dari Pengkalan Bekalan Kemaman.

Foto: Facebook
Difahamkan lelaki dari Sarawak itu sempat bermesyuarat hal kerja bersama kru lain.

Dia juga sempat makan tengah hari sebelum keluar ke dek kapal.

“Bagaimanapun, selepas 30 minit, seorang kru melihat lelaki itu yang berpakaian seragam tergantung di sisi kapal sebelum memaklumkannya kepada kapten kapal.


“Kapten kapal berkenaan menghubungi pihak pengurusan pelabuhan sebelum mereka menghubungi polis, pada 2.29 petang."

Foto: Facebook
Mangsa melilit seutas tali di lehernya sebelum terjun kira-kira 10 meter dari kapal berkenaan.

Leher mangsa dikatakan hampir putus kerana jerutan yang kuat dan usaha untuk menaikkannya mengalami kesukaran berikutan laut bergelora.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah di sebalik kejadian itu. -CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Remyda 19-2-2019 07:37 AM
[youtube]RWGcgerAoIY[/youtube]
Quote Remyda 19-2-2019 07:39 AM
Kemurungan punca gantung diri

KRU kapal yang ditemui mati dalam keadaan tergantung di sisi kapal bekalan luar pesisir dekat Pelabuhan Kemaman, Chukai, hari ini, dikatakan mengalami kemurungan dan baru tiga hari bekerja di kapal berkenaan.

Dalam kejadian itu, lelaki berusia 38 tahun yang berasal dari Sarawak ditemui rakan sekerjanya tergantung di sisi kapal itu dipercayai membunuh diri, kira-kira 1.30 tengah hari.

Kejadian itu disedari ketika kapal berkenaan mula berlabuh pada kedudukan kira-kira dua batu nautika dari Pengkalan Bekalan Kemaman.

Sumber berkata, sebelum kejadian itu, mangsa sempat bermesyuarat berkaitan hal kerja bersama kru lain di kapal itu.

Katanya, lelaki terbabit dan kru yang lain juga sempat makan tengah hari selepas selesai mesyuarat itu sebelum mereka keluar ke dek kapal.

“Bagaimanapun, selepas 30 minit, seorang kru melihat lelaki itu yang berpakaian seragam tergantung di sisi kapal sebelum memaklumkannya kepada kapten kapal.

“Kapten kapal berkenaan menghubungi pihak pengurusan pelabuhan sebelum mereka menghubungi polis, pada 2.29 petang,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian berlaku, mangsa dikatakan melilit seutas tali di lehernya sebelum terjun kira-kira 10 meter dari kapal berkenaan.

Jerutan yang kuat menyebabkan leher mangsa dikatakan hampir putus, malah usaha menaikkan mayat mengalami kesukaran berikutan keadaan laut bergelora.

Mayat mangsa berjaya dinaikkan kira-kira 6 petang sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah di sebalik kejadian itu.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sebelum ini, gambar menunjukkan kelibat manusia berpakaian seragam berwarna oren dalam keadaan tergantung di sisi kapal itu mula tular di laman sosial, sejak petang hari ini.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Februari 2019 @ 12:14 AM
Quote Remyda 19-2-2019 07:40 AM
Mayat kru kapal dibawa ke Bilik Forensik, Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut. FOTO Rosli Ilham
Quote idakamaruddin 19-2-2019 08:12 AM
Alahai dah kenapa tibe bunuh diri plak.. trauma org yg mengangkat mayat dia tu
Quote pearl.silver 19-2-2019 08:16 AM
Edited by pearl.silver at 19-2-2019 09:00 AM

I edit komen ni.. Td nmpk kasar sgt kot
.
Ni mesti depression masalah rumahtangga ni
Quote Remyda 19-2-2019 08:17 AM
Sumber dari kru kapal arwah baru 3 hari onboard atas kapal tersebut sebagai pangkat bosun.  

Salam takziah
Quote Knowlee 19-2-2019 08:19 AM
Depression mmg la nampak biasa je luarannya. Bokeh beraktiviti, meeting, bersosial. Tapi dalam otak dia dah ada tekanan. Ditambah dgn tekanan dari luar, it makes the depression worse. Hurm...
Quote nasbab86 19-2-2019 08:26 AM
Remyda replied at 19-2-2019 08:17 AM
Sumber dari kru kapal arwah baru 3 hari onboard atas kapal tersebut sebagai pangkat bosun.  

Sala ...

maaf ye. bosun tu ape?

Quote tikusmontok 19-2-2019 08:32 AM
pearl.silver replied at 19-2-2019 08:16 AM
Mesti bini kat darat main kayu tiga
Dia kje bagai nk rak bg kemewahan kt bini, bini spedo laki lain ...

Laki yg hati kecik, bini pulak kau salahkan..padahal bini kat rumah bertungkuslumus sorang2 menguruskan anak2.
Quote Remyda 19-2-2019 08:36 AM
nasbab86 replied at 19-2-2019 08:26 AM
maaf ye. bosun tu ape?

Depa bertanggungjawab jawab terhadap perawatan kapal melalui order dari chief officer. Kat kapal ada 3 department. Deck, engine & catering department. Group depa bahagian deck department.


Quote dekmieDandy 19-2-2019 08:49 AM
dahler mostly kapal ni berhantu

ni tambah lagi
Quote tri-max 19-2-2019 08:49 AM
la hai..., trauma org yg angkat mayat terputus urat leher ni
mau stress
Quote dodolgemok 19-2-2019 08:50 AM
pearl.silver replied at 19-2-2019 08:16 AM
Mesti bini kat darat main kayu tiga
Dia kje bagai nk rak bg kemewahan kt bini, bini spedo laki lain ...

Fitnah babi apa yg kau cuba sampaikan ni? Harap bini kau menyundal dgan laki lain. Ameb
Quote supermum 19-2-2019 09:06 AM
pearl.silver replied at 19-2-2019 08:16 AM
I edit komen ni.. Td nmpk kasar sgt kot
.
Ni mesti depression masalah rumahtangga ni

Kalau betul dia bosun, takdela mewah sangat pun. Tak semua pekerja offshore mewah. Biasa-biasa je pun. Laki aku cakap bosun ni kerja tak stress. Maybe ada masalah lain kot. Or memang clinically depressed.
Quote nasbab86 19-2-2019 09:07 AM
knp aku  rse die depress sbb die sbnrnye tak suka pun keje tu.
Quote lee_sakura 19-2-2019 09:09 AM
takziah pd keluarga mangsa
Quote zacEfron 19-2-2019 09:19 AM
pearl.silver replied at 19-2-2019 08:16 AM
I edit komen ni.. Td nmpk kasar sgt kot
.
Ni mesti depression masalah rumahtangga ni

bukan nampak kasar..

tapi nampak ko ni betina sundal mulut puaka lahanat..  

Quote myakayina 19-2-2019 09:24 AM
takziah..tak nak kecam since pernah mengalami mild depression.. ntah apa lah yg ditanggungnya sampai nekad tamatkan riwayat sendiri... selalunya yg nak bunuh diri kdg tak jadi sbb tak kuat..kebanyakannya bukan nak akhiri nyawa sendiri tapi lebih pada nak akhiri kesakitan dan kemurungan yg dialami tu je..

Quote Burong_Hantuk 19-2-2019 09:25 AM



Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.054086 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top