Seorang peminat fanatik pengubahsuaian badan, Paulina Casillas Landeros, 23 telah menjalani satu prosedur untuk membuang pusat dan menghadiahkannya kepada teman lelakinya sebagai tanda cinta tiga tahun lalu tetapi kini menyesali tindakannya apabila teman lelakinya itu memutuskan perhubungan mereka. Selain pembedahan membuang pusat itu, wanita yang berasal dari Jalisco, Mexico itu telah menjalani beberapa pembedahan lain termasuk memasang cincin pada tulang belakangnya dan membelah lidahnya kepada dua bahagian. Pembedahan membuang pusatnya itu dilakukan pada tahun 2015 dan diberikan hadiah kepada teman lelakinya, Daniel Ramirez. Dia kini menyesali tindakannya dan memanggilnya sesuatu yang cuai dan dilakukan tanpa pertimbangan. Menurut Paulina yang masih menuntut dalam bidang pelancongan, dia ketagih menjalani pembedahan pengubahsuaian badan sebagai tindak balas dan responnya atas masalah yang seding dihadapinya dengan keluarga. 'Saya selalu marah, ingin memutuskan semua perhubungan dengan keluarga, saya mahu buat sesuatu yang simbolik dan kontroversial’ katanya lagi. Dia kini kesal kerana tidak mendapat nasihat yang professional ketika menjalani pembedahan itu. ‘Saya menderita, mengalami jangkitan, terpaksa dikuarantin dan pergerakan terbatas akhirnya sembuh tetapi tidak 100%’ katanya lagi. Paulina berkata penderitaanya itu bertambah-tambah apabila teman lelakinya yang menerima hadiah paling berharga itu memutuskan hubungan cinta mereka. ‘Kami kini berkawan baik tetapi tidak ada hubungan lagi,’ tambahnya. Paulina berkata kini hubungannya dengan keluarga kini semakin baik. ‘Saya kini menyesali perbuatan saya yang menyakiti ibu saya, sekiranya masa dapat berputar kembali, saya tidak akan membuang pusat saya,’ kata Paulina menutup perbualan. Itulah padahnya, kerana sayang punya pasal ‘pusat’ melayang. -CARI |
makita replied at 2-11-2018 11:03 AM
Pusat itam!
Sang_Pencinta replied at 2-11-2018 11:10 AM
Dah kering kecut dah tu
Mesti busuk
chazey replied at 2-11-2018 12:17 PM
Selayaknyakah dengan warga Hispanik klas blakang.
meow_tompok replied at 2-11-2018 12:32 PM
selayaknya lah kelas belakang
belah lidah jadik dua? mcm mana ko makan dik?
roh kosong.. takde ...
ADVERTISEMENT