Seorang bayi baru lahir bernasib baik kerana terselamat walaupun selepas dicampak dari balkoni tingkat lima sebuah apartment. Daily Mail melaporkan, bayi yang masih bertali pusat dan mempunyai uri itu terjatuh atas pokok pisang di Samut Prakan, tengah Thailand.
Penduduk setempat yang mendengar tangisannya memanjat pagar setinggi dua meter untuk menyelamatkannya. Ajaiubnya, bayi berkenaan langsung tidak mengalami kecederaan serius, cuma sedikit calar dan kesan gigitan nyamuk. Seorang saksi dikenali sebagai Hang Konhaan, 55, berkata, “Pada mulanya saya terdengar bunyi tangisan pada jam 10.30 pagi tetapi tidak mengendahkannya. “Kemudian saya memberitahu jiran lain dan kami cuba memeriksa keadaan. Kami terkejut melihat bayi terbabit di bawah dan menangis dengan daun koyak berhampiran yang menyelamatkannya.” Tambahnya dia pernah melihat seorang remaja hamil di kawasan tersebut namun tidak mengenalinya. Jurucakap balai polis daerah Samrong Nua, Leftenan Kolonel Amnat Charoen berkata, “Bayi masih mempunyai uri itu ditemui di bawah pokok pisang. Terdapat banyak kesan gigitan nyamuk dan semut pada badannya, selain ruam. “Terdapat tanda dia terjatuh dari tempat tinggi. Polis menyiasat kes ini dan kami percaya bayi itu dilahirkan oleh ibu remaja di unit apartmen tingkat lima. “Bayi itu kini di bawah jagaan pihak hospital dan keadaannya sihat." -CARI
|
18
Bagus |
10
Marah |
7
Terkejut |
33
Sedih |
29
Lawak |
37
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
duri_durians replied at 4-10-2018 12:09 PM
ni bukan indon ek?
apa ke bangang mereka ini??? nak buang tu buang elok2 boleh???
ADVERTISEMENT