View: 1840|Reply: 8
|
Bayi Dicampak Dari Tingkat Lima, Jatuh Atas Pokok Pisang
[Copy link]
|
|
Seorang bayi baru lahir bernasib baik kerana terselamat walaupun selepas dicampak dari balkoni tingkat lima sebuah apartment.
Daily Mail melaporkan, bayi yang masih bertali pusat dan mempunyai uri itu terjatuh atas pokok pisang di Samut Prakan, tengah Thailand.
Kredit foto: Daily Mail
Penduduk setempat yang mendengar tangisannya memanjat pagar setinggi dua meter untuk menyelamatkannya.
Ajaiubnya, bayi berkenaan langsung tidak mengalami kecederaan serius, cuma sedikit calar dan kesan gigitan nyamuk.
Kredit foto: Daily Mail
Seorang saksi dikenali sebagai Hang Konhaan, 55, berkata, “Pada mulanya saya terdengar bunyi tangisan pada jam 10.30 pagi tetapi tidak mengendahkannya.
“Kemudian saya memberitahu jiran lain dan kami cuba memeriksa keadaan. Kami terkejut melihat bayi terbabit di bawah dan menangis dengan daun koyak berhampiran yang menyelamatkannya.”
Tambahnya dia pernah melihat seorang remaja hamil di kawasan tersebut namun tidak mengenalinya.
Jurucakap balai polis daerah Samrong Nua, Leftenan Kolonel Amnat Charoen berkata,
“Bayi masih mempunyai uri itu ditemui di bawah pokok pisang. Terdapat banyak kesan gigitan nyamuk dan semut pada badannya, selain ruam.
Kredit foto: Daily Mail
“Terdapat tanda dia terjatuh dari tempat tinggi. Polis menyiasat kes ini dan kami percaya bayi itu dilahirkan oleh ibu remaja di unit apartmen tingkat lima.
“Bayi itu kini di bawah jagaan pihak hospital dan keadaannya sihat." -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan indon ek?
apa ke bangang mereka ini??? nak buang tu buang elok2 boleh??? |
|
|
|
|
|
|
|
ni lagi satu kepala bana ni..kongkek pandai pastu bila bunting xreti ke nk jaga anak tu??yihhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
babyyy {:cryrun
Selalu dengar cerita, baby kalau jatuh katil ke, relax je takde masalah serius
|
|
|
|
|
|
|
|
modus operandi dia mungkin nak baby tu mati terus kot.
atau panic reflects tak tau nak buat apa.
little did she/he know, pokok pisang jadi penyelamat.
|
|
|
|
|
|
|
|
panjang umur baby,nasib baik selamat, mudah2an bapak dan ibu sundal yang durjana dapat balasan cash |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tahu siapa mak ayah baby nih.tendang jah mereka dari tingkat 5 |
|
|
|
|
|
|
| |
|